The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-05-21 23:26:01

eBerita Pendidik 04

Edisi April 2021

SIDANG EDITOR berita

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG
Razlan bin Haji Samsuri
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA

PENERBIT EKSEKUTIF Sidang Editor e-Berita Pendidik berhak meminda
Nor Zaini binti Abu Kassim mengubah dan menggarap manuskrip yang
Pengarah dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya.
Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan
PENERBIT ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan.
Jamizan bin Baki Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak
Timbalan Pengarah II yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan
datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan
EKSEKUTIF EDITOR atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir ke meja Sidang Redaksi atau email ke infobitk@
Timbalan Pengarah I mara.gov.my

EDITOR/WARTAWAN
Tik Shaiza binti Ariffin
Penolong Pengarah

KREATIF Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Nor Azmira binti Mohd Azami kepada:
Penolong Pengarah
Pengarah
JURUFOTO Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Produksi Kreatif Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
TEKNIKAL & HEBAHAN Tel: 03 2613 2401
Iswardy Adha bin Mohamad Faks: 03 2691 0075
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) Email: [email protected]

2 e-Berita Pendidik

Isi Kandungan

Program MARA Prihatin Ramadan (MPR) Penyampaian Bantuan 4
Budi kepada Pelajar MRSM Tingkatan 1 B40 5
8
Program 55 Kali Khatam Al-Quran Simbolik Perjuangan MARA 10
12
MRSM Serting Lahirkan Jaguh Biasiswa Sunway College 13
15
Kejayaan Dalam Perjalanan Menggenggam Doktor Kejuruteraan 17
20
Penawaran Program Menarik TVET MARA di IKM KL
IIEC Pentas KMKN Lebar Budaya Inovasi 22
Kesatria KKTM Masjid Tanah Komited Dalam 24
Melaksanakan CSR Dalam Bulan Ramadan 24
Dari ‘Sikney’ ke Hamamatsu 25
MARA Prihatin Ramadan : KKTM, MJII & IKM Santuni 26
Warga dan Masyarakat
Tahniah! Nur Aiman Abdullah ; Top International Graduate in the 28
Bachelor of Business AUT 30
Tahniah dan Syabas Muhammad Khamil bin Muhamad Shukor

Tahniah! Batch Pertama CFAB KPM Beranang

Tahniah! KMKN Cipta Sejarah

Ilmu 21st Century Learning Design Nilai Tambah Untuk
Program Simfoni Ramadhan MARA Negeri Johor

Iman Sofea Bintang dari Langit MRSM Langkawi

Teknousahawan TVET Tahfiz Bersama IKM Sik

Konvensyen Keusahawanan Siswa IPMA (KONSISMA) 2021 31
Semai Semangat Berniaga Siswa
36
MKC 42
Pusat Sumber Ilmu MARA 46
Tinjauan Ringkas Budaya Membaca Warga MARA

Tips Membaca

Apa itu Biblioterapi 48
Cipta Ruang Membaca di Rumah Anda! 50

e-Berita Pendidik 3

Program MARA Prihatin Ramadan (MPR)

Penyampaian Bantuan Budi kepada Pelajar MRSM

Tingkatan 1 B40

Seramai 22 orang pelajar baharu tingkatan satu MRSM
yang terdiri daripada kalangan B40, telah menerima
Bantuan Budi di bawah program MARA Prihatin
Ramadan (MPR). Bantuan disampaikan oleh Pengerusi
MARA YB Dato’ Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima
Haji Mohd Dun pada 4 April yang lalu bertempat di
Program Perumahan Rakyat di Laksamana, Cheras.

Sumbangan yang merupakan wang tunai serta bantuan
persekolahan seperti bagasi, baju dan kasut sekolah ini
amat bermakna kepada pelajar-pelajar ini dan keluarga
mereka. Ia membantu meringankan perbelanjaan
yang perlu ditanggung oleh ibu bapa/penjaga untuk
pendaftaran anak mereka ke MRSM, pada masa yang
sama ia menambah keterujaan pelajar untuk mendaftar
di MRSM pada 7 April yang lalu.

Turut hadir memeriahkan majlis anjuran Bahagian
Komunikasi Korporat (BKOM) ini adalah Ketua Pengarah
MARA, YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Pengerusi
Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), YBhg. Dato’
Dr Mohd Nizar bin Hj Sudin, Presiden MUAFAKAT
Malaysia, Dato’ Sayed Alfeizal bin Sayed Ahmad,
Pengarah BKOM Dr. Mohd Sabri bin Kassim, Pengarah
BSM Mohd Salleh bin Abdullah, TP1 (HEP) BPM Nooriza
Abdul Hamid serta para pegawai daripada Pejabat
MARA Daerah Cheras dan Hulu Langat.

Majlis bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam

1 tengahari, dengan lawatan Dato’ Hajah Azizah dan

para VIP ke dua (2) buah rumah pelajar di PPR Sentul

dan Selayang. Sumber : BPM

Diedit oleh : BITK

4 e-Berita Pendidik

PROGRAM 55 KALI

KHATAM AL-QURAN

Simbolik Perjuangan MARA

e-Berita Pendidik 5

Mengambil sempena dengan sambutan Hari MARA yang ke -55, lima (5) buah MRSM Ulul Albab
telah mengambil kesempatan untuk meraikan kejayaan ini dengan mengadakan program 55 Kali
Khatam Al-Quran secara dalam talian. Program yang bermula dari 15 sehingga 25 Mac 2021 ini
kemudiannya disempurnakan dengan Majlis Khatam Al-Quran Perdana pada 2 April bertempat
di Ballroom 1, Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Simboliknya program ini adalah sebagai menghayati perjuangan MARA melalui program MRSM
Ulul Albab untuk melahirkan modal insan profesional teknokrat berlandaskan al-Quran. Ia juga
dilihat dapat memberi galakan serta motivasi kepada para pelajar dan guru di MRSM Ulul Albab
untuk membaca dan khatam 30 juzuk al-Quran.

Program 55 Kali Khatam Al-Quran ini melibatkan 1650 orang pelajar. 11 buah kumpulan dibentuk
di setiap maktab terlibat dan 30 orang pelajar diletakkan di dalam satu (1) kumpulan. Setiap
MRSM akan khatam 30 juzuk sebanyak 11 kali.

Di majlis Khatam Al-Quran Perdana pula, tetamu diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran
oleh enam (6) orang qari jemputan. Mereka adalah : Mazlan Bin Hashim (Timbalan Pengarah
II Sains Sosial BPM), Ammar Azizi bin Hasri (bekas pelajar MRSM Gemencheh), Hafizi bin
Mohammad Pauzi (MRSM Sungai Besar), Nik Ahmad Na’im bin Ahmad Shahimi (MRSM Sungai
Besar), Aminuddin bin Sulaiman Al-Maghribi (MRSM Gemencheh) dan Haziman bin Mad Zaid
(MRSM Gemencheh).

Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun serta
dihadiri oleh warga MARA, ahli Majlis MARA, ahli Pengurusan MARA, Pengarah MARA Negeri
Selangor, wakil anak syarikat MARA serta Pengetua MRSM Gemencheh dan Sungai Besar.
Sebelum bersurai wakil Tenaga Nasiona Berhad (TNB) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
telah menyerahkan 550 buah naskah Al-Quran untuk diwakafkan kepada MRSM berikut : ATM
Bera, Bagan Datok, Kota Putra, Gemencheh, Kepala Batas, Sungai Besar dan Semporna.

6 e-Berita Pendidik Sumber : BPM
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 7

MRSM SERTING

LAHIRKAN JAGUH BIASISWA
SUNWAY COLLEGE

Siapa tahu tuah menyertai Sunway College merupakan antara
pertandingan secara dalam talian pertandingan yang mencabar
memberi satu azimat kepada dua minda dan sukar untuk dimenangi.
(2) orang pelajar Maktab Rendah Pertandingan ini terbuka kepada
Sains MARA (MRSM) Serting untuk pelajar sekolah menengah di
mendapat biasiswa pembelajaran seluruh Malaysia tetapi dikhususkan
yang bernilai RM26,000.00. kepada pelajar tingkatan empat
Muhammad Danial bin Mohd Yassin (4) dan tingkatan (5) sahaja.
dan Muhammad Azim bin Seman Pertandingan ini dijalankan
merupakan pelajar yang memenangi sepenuhnya secara dalam talian dan
biasiswa tersebut di samping bertujuan untuk menguji kefahaman
mengharumkan nama MRSM Serting peserta mengenai subjek Prinsip
dan nama Majlis Amanah Rakyat Perakaunan, subjek Perniagaan dan
(MARA) melalui pertandingan subjek Ekonomi. Pertandingan ini
tersebut. dijalankan secara dua peringkat iaitu
peringkat saringan bermula pada
Pertandingan Kuiz Perakaunan bulan November 2020 dan peringkat
anjuran Sunway Tes Centre, akhir pada 17 April 2021.

8 e-Berita Pendidik

Pertandingan Kuiz Perakaunan ini sangat mencabar Bagi peringkat akhir, seramai 30 orang peserta yang
bagi setiap pusingan. Hal ini kerana pada peringkat terlibat dan saudara Muhammad Azim menyatakan
pusingan saringan, para peserta perlu menjawab 50 bahawa peringkat ini lebih sukar kerana mempunyai
soalan objektif dalam masa 30 minit manakala bagi dua (2) bahagian soalan yang perlu dijawab dengan
peringkat akhir, para peserta perlu menjawab 50 soalan masa yang diperuntukan agak singkat berbanding
objektif dalam masa 30 minit dan menjawab 25 soalan dengan tahap soalan yang sukar. Bak kata pepatah tuah
berstruktur dalam masa 1 jam. ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu,
begitulah diibaratkan tuah kepada saudara Muhammad
Alhamdulillah, bagi peringkat saringan, saudara Danial dan saudara Muhammad Azim. Berbekalkan
Muhammad Danial dan saudara Muhammad Azim ilmu yang dipelajari dan kesungguhan, mereka telah
berjaya menjawab soalan dengan baik dan melayakkan berjaya menempatkan diri antara 10 peserta teratas.
diri dalam 30 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Malah, kejayaan ini amat membanggakan saudara
Menurut saudara Muhammad Danial, peringkat Muhammad Danial dan saudara Muhammad Azim
saringan sememangnya mencabar kerana masa yang kerana mereka merupakan pelajar bumiputera yang
diberi agak singkat dan soalan yang diuji merangkumi berjaya di peringkat akhir. Selain daripada biasiswa
subjek Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi, pembelajaran peringkat profesional di Sunway College,
tetapi berbekalkan ilmu yang dituntut, dia berjaya mereka juga memenangi beberapa peralatan ICT seperti
menjawab dalam masa yang ditetapkan di samping flash drive, wireless earbuds, power bank dengan nilai
berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir. keseluruhan RM26,000.00 setiap seorang.

Ditulis oleh :
Puan Kamaruza Binti Mohamed @ Sihat (MRSM Serting)
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 9

KEJAYAAN DALAM PERJALANAN

MENGGENGGAM
DOKTOR
KEJURUTERAAN

Tahniah diucapkan kepada Puan Rozita Razali atas kejayaannya di 9th International Conference on Applied
Science and Technology (ICAST) 2021. Kertas kajiannya yang bertajuk Critical Success Factors (CSFs) of
Industry Centre of Excellence (ICoE) Performance at Majlis Amanah Rakyat (MARA) Technical and Vocational
Education and Training (TVET) Institutions telah memenangi anugerah BEST PAPER AWARD. Puan Rozita
telah mendapat bimbingan Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Syuhaida Ismail dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Syazli
Fathi. Kertas kajian ini juga akan diterbitkan dalam SCOPUS Indexed Proceedings yang merupakan jurnal
berimpak tinggi.

Puan Rozita merupakan seorang pegawai di Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dan pada masa
yang sama juga beliau adalah pelajar semester kedua Doktor Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), mengkhususkan kepada Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan. Sebelum bertugas di BKT Puan Rozita
adalah merupakan seorang pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading.

10 e-Berita Pendidik

Turut menyertai ICAST 2021 ini
ialah beberapa orang pegawai MARA
dengan tajuk penyelidikan masing-
masing.
ICAST 2021 merupakan program
tahunan peringkat antarabangsa dan
dijalankan secara maya pada tahun
ini memungkinkan kolaborasi dan
perkongsian ilmu dalam pelbagai
bidang di antara institusi dan industri
dalam serta luar negara.

Sumber : Unit Media BKT
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 11

PENAWARAN PROGRAM

MENARIK TVET MARA
DI IKM KL

Penawaran program-program menarik selaras dengan permintaan tinggi negara membolehkan pelajar keluaran
TVET MARA sentiasa laris di pasaran pekerjaan.
Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang
terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan dan latihan TVET berprestij
kepada masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, Y.B. Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengadakan lawatan
kerja ke IKM KL bagi menyaksikan pengoperasian serta kemudahan yang disediakan di institusi TVET MARA ini.
Selain penawaran kursus berimpak tinggi seperti kursus kimpalan, elektrikal, lukisan dan pendingin hawa dan
lain-lain, IKM KL dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Cooperation mempunyai platform dalam talian
yang diperkenalkan iaitu ekon.my yang merupakan medium penghubung servis pendingin hawa kenderaan dan
rumah secara dalam talian.

Sumber : Unit Media BKT
Diedit oleh : BITK

12 e-Berita Pendidik

IIEC PENTAS KMKN

LEBAR BUDAYA INOVASI

COVID-19 tidak menghalang Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) untuk terus unggul di
persada inovasi. Pada 1 April 2021, KMKN telah berjaya menganjurkan pertandingan
Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) secara dalam talian.
Kolej MARA Kuala Nerang telah mula menyediakan platform inovasi dan invensi sejak tahun
2010 iaitu FSc Australia-New Zealand Science Engineering Fair (FASEF). Ia dijenamakan
semula sebagai FiST UniKL Science Innovation Carnival (FUSION) pada tahun 2013.
Penambahbaikan terus dilakukan dari semasa ke semasa dengan memberikan nafas baharu
iaitu menyuntik elemen keusahawanan dalam kategori pertandingan yang disediakan.
Bermula tahun 2018, pertandingan ini telah menjadi medium mengetengahkan idea-idea
inovasi dalam kalangan pelajar kolej, pelajar-pelajar sekolah yang berdekatan dan ia mula
dikenali sebagai Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC).
Menurut Puan Hajah Ani Mardiah Azmin, Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang, pihak
kolej mengharapkan dapat melebarkan budaya inovasi bukan sahaja dalam kalangan
masyarakat setempat malah turut disertai peserta antarabangsa.
Pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang telah menyumbang tenaga, idea serta khidmat
nasihat sebagai juri dalam bidang masing-masing.
Menurut salah seorang juri yang terlibat, Ts. Dr Faizul Che Pa, penyertaan projek pelajar
kali ini adalah amat memberangsangkan. Pun begitu, masih terdapat ruang-ruang yang
mana boleh dilakukan pembaikan. Mungkin kerana ini merupakan penyertaan kali pertama
pelajar dalam karnival inovasi secara maya.
Menurut koordinator IIEC, En Hafizi bin Yazid, karnival kali ini adalah lebih berbentuk
kepada medium penghargaan ke atas usaha-usaha inovasi dan rekacipta yang dijalankan

e-Berita Pendidik 13

terutamanya di musim pandemik COVID-19. Pada kali ini, IIEC
berjaya mengumpul 128 buah penyertaan, 60 buah adalah
daripada penyertaan dari kumpulan pelajar dalaman sementara
selebihnya daripada jemputan luar yang terdiri daripada guru dan
pendidik dari sekolah-sekolah Kementerian, MRSM, KPM dan
KPTM seluruh Malaysia.
Penasihat kumpulan projek Hybrid Kit yang memenangi Double
Gold Award, Puan Norasdimah Misdi dari Kolej MARA Kulim, tidak
menjangkakan kemenangan ini, memandangkan projek tersebut
digarap dari kerja kursus yang diberikan kepada pelajar dan
kemudian dinaiktaraf menjadi projek inovasi. Kelebihan projek ini
menurutnya, menyediakan alternatif pembelajaran dalam topik
sukar dalam matapelajaran Kimia dan dipersembahkan dalam
bentuk permainan. Selain itu, penerangan jelas daripada ahli
kumpulan dalam pembentangan juga turut membantu.
Pertandingan sebegini adalah satu platform untuk membuka
kerjasama antara institusi bagi menyuburkan lagi budaya inovasi
dalam kalangan warga pendidik.

Ditulis oleh : Roslawati Mahmood dan Hafizi Yazid (KMKN)
Diedit oleh : BITK

14 e-Berita Pendidik

KESATRIA
KKTM MASJID TANAH

KOMITED DALAM MELAKSANAKAN
CSR DALAM BULAN RAMADAN

Kesibukan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadan di samping sesi
pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka
tidak menghalang pelajar Kesatria kolej ini untuk turut sama melaksanakan
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Pada 17 April yang lalu, mereka telah
menyedia dan mengedarkan bubur lambuk kepada frontliner di sekitar KKTM
Masjid Tanah.

e-Berita Pendidik 15

Program ini dilaksanakan dengan melibatkan 45 orang Sumber : Unit Media BKT
kesatria kolej dan di bawah penyeliaan empat (4) Diedit oleh : BITK
orang pensyarah dalam memastikan program yang
dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya.

Acara memasak dan mengedarkan bubur lambuk ini
merupakan acara tahunan yang sering dilaksanakan di
kolej ini, namun pelaksanaan pada kali ini lebih manis
lagi dengan pengedaran kepada frontliner di sekitar
KKTM Masjid Tanah.

Sesungguhnya program seperti ini dapat mengeratkan
hubungan di antara pelajar, pensyarah serta frontliner
yang berdekatan, disamping dapat memupuk rasa
syukur serta terima kasih kepada mereka yang telah
menyumbang kepada kemakmuran negara, sekaligus
membina soft skills pelajar seiring dengan hard skills
yang mereka pelajari.

16 e-Berita Pendidik

DARI ‘SIKNEY’
KE HAMAMATSU

“Alhamdulillah di mana ada pasangan Abd Majid bin Md Isa sebagai Ketua Pelajar Program
kemahuan, di situ ada jalan. dan Kamariah bin Mohd Sharif.
Jangan berhenti usaha, Usai tamat pengajian di Sekolah dan Majlis Perwakilan Pelajar
terimalah segalanya walaupun Menengah Teknik Kajang,
sekecil-kecil perkara. Cari ilmu Amin menyambung pengajian (MPP). Amin juga bergiat
sampai bila-bila tak habis. Harap di IKM Sik, Kedah dalam
semuanya akan jadi yang terbaik. bidang Teknologi Kejuruteraan aktif dalam Kelab Seni dan
Terima kasih atas segalanya” Penyejukan dan Penyamanan
– Amin Majid, 25 April 2018, Udara, dan berjaya memperolehi Kebudayaan. Disenangi oleh
Hamamatsu. sijil pada tahun 2017.
rakan-rakan dan pensyarah,
Siapa sangka dengan segulung Walaupun keputusan SPM
sijil, anak muda ini berjaya melayakkannya menyambung Amin sentiasa menjadi rujukan
menjejakkan kaki ke negara pengajian ke peringkat yang
Matahari Terbit demi mencapai lebih tinggi, Amin memilih IKM kepada pelajar-pelajar yang lain
cita-cita dalam bidang yang Sik sebagai laluan akademik
diminati. untuk mendalami bidang yang terutamanya apabila keputusan
diminatinya. Selama 2 tahun
Aminuddin bin Abd. Majid di IKM Sik, ketekunan dan peperiksaan akhir sentiasa
berasal dari Baling Kedah dan kecemerlangan sahsiahnya
merupakan anak kelima kepada terbukti bilamana Amin dilantik melayakkannya mendapat

Anugerah Dekan setiap semester.

Amin terus mengorak langkah
dengan kejayaannya menyertai
Program Pelajar Lanjutan Pusat
Bahasa Jepun MARA-OISCA
sebagai persediaan ke Jepun
bagi mengikuti sesi latihan
sambil bekerja selama tiga
(3) tahun. Selepas tamat sesi

e-Berita Pendidik 17

persediaan di MJII Beranang, pada 21 Februari Melalui cabaran dan liku-liku sebagai anak
2018 Amin berangkat ke Jepun bersama seramai perantau di negara serba maju, Amin menimba
18 orang pelajar lain daripada pelbagai bidang pengalaman berharga dengan suasana dan
iaitu Penyamanan Udara, Bangunan, Automatif, budaya kerja yang pantas bersama pekerja mahir
Pembuatan, Agro dan Elektronik. Mereka merupakan tempatan di Seimei Engineering Co; Ltd. Jadual
pelajar IPMA yang telah lulus kursus asas dan kerja yang padat dan perbezaan bahasa bukan
temuduga dengan syarikat Jepun serta MARA. halangan untuknya bertahan sehingga tamat sesi
latihan. Amin memanfaatkan kemudahan dan
“Saya tidak bersendirian, selepas saya lulus elaun yang diberikan oleh MARA sebaik-baiknya
temuduga dengan syarikat Jepun, saya juga dan bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh
berkongsi peluang ini bersama rakan lain. tanpa mengambil cuti atau pulang ke tanahair.
Alhamdulillah, beberapa rakan daripada kursus yang Beliau berjaya menamatkan latihan dan pulang ke
sama dengan saya di IKM Sik, Hamizan Zulkefli dan Malaysia pada 15 Februari 2021 dengan segulung
Mohd Haiqal adalah antara mereka yang berjaya Diploma in Industrial Internship (Freezing and Air-
melayakkan diri ke Jepun. Conditioning Apparatus Installing).

“Di Jepun kami hanya menggunakan bahasa Segala kegigihan dan kesungguhan terbalas apabila
Jepun sahaja. Tak faham tak boleh nak survive. beliau terus ditawarkan bekerja di syarikat yang
Dimarahi dan dimaki adalah perkara biasa. Itulah sama sebaik sahaja kembali ke tanahair. Kini Amin
cara kami belajar. Teringat masa belajar di IKM Sik, memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Kanan di
jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar SPP Seimei Engineering (M) Sdn. Bhd, Shah Alam.
yang berpengalaman mengajar kami antaranya
Encik Ismail, Encik Khazaimi, Encik Azlan, Arwah Semoga perjalanan kerjaya Amin menjadi pendorong
Encik Razman, Encik Zamri, Encik Yusmarizal, kepada belia hari ini untuk menyertai bidang
Encik Razali, Encik Khairul Anwar dan Encik Ismail teknikal dan vokasional. Sesungguhnya TVET MARA
(juruteknik). Tidak lupa juga kepada semua tenaga bukanlah pilihan kedua.
pengajar Pengajian Am dan daripada program lain.
Apa yang saya belajar di IKM Sik boleh dikatakan
100% berkait rapat apa yang saya belajar di Jepun.”

Ditulis oleh : Nurzumira binti Ab. Rahin (IKM Sik)
Diedit oleh : BITK

18 e-Berita Pendidik

e-Berita Pendidik 19

MARA PRIHATIN RAMADAN :

KKTM, MJII & IKM
SANTUNI WARGA DAN
MASYARAKAT

Bersempena dengan kedatangan Ramadan yang mulia, beberapa buah IPMA
mengambil inisiatif untuk menyantuni dan berbakti kepada masyarakat sekitar.

Silaturahim di antara warga IKM Kota Kinabalu (KK) dieratkan dengan bergotong
royong menerusi program Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan Al
Mubarak. Sebanyak 800 hingga 1000 bungkus bubur lambuk yang dihasilkan dan
telah diagihkan kepada penduduk sekitar IKM KK.

Warga Jabatan Mekanikal IKM Johor Bahru juga bergotong-royong menyediakan
bubur lambuk untuk diedarkan kepada warga kerja IKM Johor Bahru dan petugas
barisan hadapan berhampiran. Persiapan, proses memasak, membungkus serta
pengagihan selesai dalam tempoh tujuh (7) jam.

KKTM Masjid Tanah (anjuran Unit Pentadbiran & Pengajian Am) pula mengadakan
Program Infaq & Iftar Ramadan diikuti dengan program Nuzul Al-Quran - bersempena
Nuzul Al-Quran bagi peringkat pusat.

Melalui Program Kasih Ramadan KKTM Kemaman menyantuni keluarga seorang
pelajar daripada Program Instrumentasi & Kawalan (DLI) iaitu saudari Nur Hidayah.
KKTM Kemaman menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau dan keluarganya.
Hadir menyampaikan sumbangan, Dr. Mahadir Ibrahim (Timb. Pengarah Khidmat
Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar), Jawatankuasa Pembangunan Insan & Kebajikan
serta team Amal Riders KKTM Kemaman.

Jawatankuasa CSR IKMSP 2021 mengedarkan sumbangan Bubur Kanji Ramadan
kepada warga Institut Kemahiran MARA Sungai Petani (IKM SP). Mengambil
kesempatan Nuzul Quran, institut ini juga membuat kunjungan ziarah dan menyantuni
keluarga allahyarham Azhar bin Ahmad, mantan pemandu IKM SP. Sedikit bantuan
hasil sumbangan staf Pentadbiran IKM SP diserahkan kepada keluarga allahyarham.

Program Pengagihan Pek Iftar Ramadan telah dilaksanakan oleh IKM Besut melalui
Badan Ugama dan Kebajikan. Ia disampaikan oleh Pengarah Institut Kemahiran MARA
Besut, Tuan. Haji. Badrul Hisham Mohd Yatim kepada warga IKM Besut.

Sumber : Unit Media BKT
Diedit oleh : BITK

20 e-Berita Pendidik

e-Berita Pendidik 21

TAHNIAH! Nur Aiman Abdullah
Top International Graduate
in the Bachelor of Business AUT

Tahniah dan Syabas buat Nur Aiman bin Abdullah, alumni Kolej Profesional MARA Seri Iskandar atas
kejayaan merangkul anugerah Top International Graduate in the Bachelor of Business 2020, AUT - Auckland
University of Technology (AUT) New Zealand.

Aiman merupakan alumni program HND in Marketing di KPMSI. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian
dalam bidang Bachelor of Business majoring in Marketing, Advertising, Retailing & Sales with double
minors in Management and Human Resource Management / Employment Relations di Auckland University
of Technology New Zealand (2018-2020). Aiman juga merupakan pemegang Biasiswa Penuh Dermasiswa
Lembaga Zakat Selangor.

Berikut adalah pencapaian sepanjang pengajian beliau di AUT :
1) Top International Graduate Bachelor of Business Class of 2020 – CGPA 8.3/9.0
2) The Brian Picot Award Marketing – Top Performer in Marketing for the AUT University 2020 Academic

Year
3) The Regional Winner (Oceania Region) for The Global Undergraduate Awards 2020 in Business category
4) A Lifetime Member of Beta Gamma Sigma – Top 10% elite business students from all around the world
5) AUT Dean’s Honours Roll 2020
6) High Achieving Student in Marketing 2019
7) Top Performing Student in Management 2019

Penglibatan Ko-Kurikulum
1) Peserta Shadow A Leader with The CPO of The Warehouse Group, Tania Benyon (2019) https://www.

youtube.com/watch?v=_6iQi3ZX6dA
2) Ahli aktif Auckland Malaysia Liaison Bureau and Malaysian Auckland Student Association - https://

www.instagram.com/amb.nz/
3) Penari Utama Malaysia Week in Auckland (2019)

Semoga kejayaan ini memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha mengejar
impian mereka.
Syabas Aiman!

22 e-Berita Pendidik

Sumber :
FB Hi-Edu MARA (https://www.facebook.com/
search/top?q=hi-edu%20mara)
Diedit oleh: BITK

e-Berita Pendidik 23

Sumber : FB Hi-Edu MARA (https://www.facebook.com/search/top?q=hi-edu%20mara)

24 e-Berita Pendidik

Tahniah !!

KM Kuala Nerang

Cipta Sejarah

Keputusan Peperiksaan Semester 1 2020/2021 Program
Matrikulasi Perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia
(PMPKPM) di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) melakar
sejarah bilamana 55 daripada 158 orang pelajarnya, telah
mendapat Purata Nilai Gred Semester (PNGS) 4.00. Jumlah
ini merupakan 35% daripada bilangan keseluruhan pelajar.
Seramai 99% pelajar pula mendapat PNGS 3.00-4.00. Purata
PNGS nasional adalah 3.50 manakala purata PNGS KMKN
pula adalah 3.76.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar serta pensyarah
program ini. Anda penerus legasi kecermerlangan KMKN di
persada Matrikulasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin
untuk KMKN terus mencipta kejayaan-kejayaan cemerlang.

Sumber : FB Hi-Edu MARA (https://www.facebook.com/search/top?q=hi-edu%20mara)

e-Berita Pendidik 25

Ilmu 21st Century Learning Design

Nilai Tambah Untuk
Program Simfoni Ramadan
MARA Negeri Johor

Program Simfoni Ramadan peringkat MARA Negeri Johor
telah dilaksanakan pada 29 April yang lalu di Forest City
Golf Hotel, Gelang Patah yang juga bersempena dengan Hari
Nuzul Al-Quran.

Seramai 90 orang jemputan yang terdiri daripada 40 orang
pelajar dari Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Tampoi Utama,
warga kerja MARA Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran MARA
(YPM) Negeri Johor telah hadir. Program ini merupakan hasil
kerjasama erat antara Badan Kebajikan Anggota MARA
Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran MARA.

Bagi memberikan nilai tambah terhadap inisiatif ini, pengisian
program meliputi sesi pembelajaran 21st Century Learning
Design kepada para pelajar yang dikendalikan oleh Cikgu
Arif Zakwan bin Asha’ari, Guru Kemaharin Hidup, MRSM
Johor Bahru. Pendedahan seperti ini dapat melonjakkan
lagi keterampilan pelajar terutamanya dalam melaksanakan
program e-learning di mana pendekatan pembelajaran yang
lebih interaktif dapat menarik minat pelajar.

Cikgu Arif Zakwan bin Asha’ari juga merupakan penerima
Anugerah Microsoft Educator Expert dalam pembelajaran
dalam talian.

Melalui sesi Ihya’ Ramadan, Encik Md Zan bin Md Yausuf,
Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Penawar telah
berkongsi pengisian mengenai kelebihan amalan dan
ganjaran di bulan Ramadan.

Turut hadir menyempurnakan majlis adalah Puan Nor Uyon
binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor, Encik Zahrail
Affenday bin Mohamed, Timbalan Pengarah (Pembangunan)
MARA Negeri Johor, Encik Mohd Yusof bin Ahmad dan Ustaz
Halimi bin Kolan, Pengurus Rumah Kebajikan Ar-Rayyan.
Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan Allah
SWT jua.

26 e-Berita Pendidik

Penyampaian sumbangan Corporate Social Responsibility
(CSR) YPM dan sumbangan daripada warga kerja Pejabat
MARA Negeri Johor kepada para pelajar mengakhiri program
pada malam itu. Semoga pemberian sumbangan ini dapat
memberikan keceriaan kepada para pelajar sempena Aidilfitri
yang bakal menjelma.

Sumber Berita : Pejabat MARA Negeri Johor
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 27

Iman Sofea

Bintang dari Langit MRSM Langkawi

Satu lagi kejayaan membanggakan buat Malaysia amnya dan MARA khususnya
apabila seorang pelajar MRSM Langkawi, Iman Sofea binti Zulkifli telah mendapat
anugerah “Top In the Wold’ bagi subjek English as a Second Language (Speaking
Endorsement) di dalam peperiksaan Cambridge IGCSE. Iman Sofea telah berjaya
memperoleh skor 100% di dalam peperiksaan yang berprestij itu.

Beliau telah berjaya menewaskan berjuta pelajar lain yang menduduki peperiksaan
tersebut.

Menurut Puan Farah Irina binti Adnan, Penyelaras program IGCSE MRSM
Langkawi, seramai 757 orang pelajar Tingkatan 4 MRSM program dwisijil IGCSE
telah menduduki peperiksaan Cambridge IGCSE yang berlangsung dari 1 Oktober
hingga 17 November 2020. Keputusan peperiksaan tersebut telah diumumkan
pada 19 Januari yang lalu, dengan pencapaian yang amat memberangsangkan
bagi keseluruhan enam (6) subjek yang diambil oleh pelajar MSRM iaitu English
as a Second Language, Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry
dan Biology. Tambahnya lagi, anugerah ‘Top in the World’ adalah anugerah yang
diberikan kepada pelajar yang berjaya memperoleh markah standard tertinggi di
dunia untuk satu subjek yang tertentu.

Anak sulung daripada dua (2) beradik ini melahirkan rasa syukur yang tidak
terhingga atas anugerah yang telah diterima. Beliau tidak menyangka akan
mendapat anugerah sebegitu walaupun Bahasa Inggeris memang merupakan
subjek kegemarannya. “Saya langsung tidak menyangka (anugerah Top in The
World). Ini kerana sewaktu peperiksaan berlangsung, tidak seperti kebiasaanya,
saya agak panik dan tidak menjawab soalan mengikut aturan kebiasaan saya”
ujarnya sewaktu ditemuramah oleh e-Berita Pendidik.

“Tetapi alhamdulillah, saya cuba bertenang dan memberitahu diri bahawa panik
tidak akan membawa saya ke mana, saya sangat bersyukur dan gembira dengan
keputusan ini”

Selain daripada Bahasa Inggeris, Iman memperolehi 4A Star dan 1A untuk enam (6)
subjek IGCSE yang diambilnya.

Ditanya oleh e-Berita Pendidik tentang apakah cara yang diguna pakai olehnya
sehingga membuahkan kejayaan yang cukup membanggakan ini. Iman yang
berasal dari Ampang, Selangor ini mengatakan bahawa beliau sentiasa menulis

28 e-Berita Pendidik

jurnal, dan daripada penulisan jurnalnya yang konsisten, beliau
dapat melihat peningkatan dari segi olahan ayat dan perkembangan
idea di dalam penulisannya. Hobi Iman selain daripada membaca
buku adalah juga menonton filem.

Kejayaannya juga adalah kerana tunjuk ajar para guru dan Iman
amat bersyukur kerana memiliki guru-guru yang cara dan impak
pengajaran mereka telah membuahkan kejayaan kepadanya.
Mengakui sedikit gementar untuk menghadapi peperiksaan SPM
pada penghujung tahun ini kerana format baharu peperiksaan
kelihatannya lebih mencabar, tetapi Iman yakin bahawa she’s in
good hands.

Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli biologi marin, Iman melihat
kejayaannya ini sebagai bukti bahawa tiada yang mustahil dan
merupakan titik tolak untuk beliau mencuba sehabis baik untuk
menggapai bintang di langit.

e-Berita Pendidik 29

TEKNOUSAHAWAN TVET
TAHFIZ

BERSAMA IKM SIK

IKM SIK telah mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan membuka peluang
kepada 10 orang pelajar Ma’ahad Al Tarbiah Al Islamiah Al Wataniah (Pondok Begia), Sik Kedah untuk
mengikuti sesi latihan Pendawaian Elektrik Satu Fasa selama empat (4 ) hari yang bermula dari 28
sehingga 31 Mac 2021 bertempat di IKM Sik.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar berkenaan menceburi bidang
TVET malah memberi kemahiran menerusi latihan intensif yang boleh dimanfaatkan selepas tamat
pengajian di samping meluaskan latihan kemahiran mengikuti keperluan industri semasa.

Program ini dilaksanakan berasaskan 100% amali dan sesi latihan adalah mengaplikasikan konsep
Learning by Doing secara coaching. Modul yang dipelajari selama tiga (3) hari adalah Modul Pendawaian
Elektrik Satu Fasa & Modul Usahawan; Pemasaran Online Menggunakan Medium “SHOPEE” selama 1
hari.

Program ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menimba pengetahuan sebagai usahawan
hasil daripada penerapan kursus yang telah dihadiri dan secara tidak langsung dapat mempromosikan
IKM Sik sebagai salah satu institusi TVET MARA di Malaysia.

Sesungguhnya program ini memberi impak yang positif kepada peserta sama ada untuk pembangunan

potensi dan juga kerjaya. Sumber : Unit Media BKT

30 e-Berita Pendidik Diedit oleh : BITK

TEKNOUSAHAWAN TVET TAHFIZ

Konvensyen Keusahawanan Siswa
IPMA (KONSISMA) 2021

Semai Semangat Berniaga Siswa

e-Berita Pendidik 31

Konvensyen Keusahawanan Siswa IPMA atau KONSISMA adalah satu program pertandingan yang
dijalankan secara tahunan antara Kolej MARA(KM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-
Tech MARA (KPTM) dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM). Pertandingan-pertandingan
yang diadakan adalah berasaskan bidang keusahawanan dan perniagaan/perkhidmatan.
Peserta adalah terdiri daripada 144 orang pelajar IPMA yang berdaftar dari 12 buah IPMA seperti
Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, KUPTM dan KPTM.
Kolej MARA Kulim telah dilantik sebagai Tuan Rumah KONSISMA untuk tahun 2021 oleh pihak
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT). Setelah mengambil kira faktor-faktor semasa seperti
Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan jangkitan Covid 19, pihak Kolej telah membuat
keputusan untuk mengadakan pertandingan ini secara maya. Tarikh penganjuran konvensyen ini
adalah pada 12-14 Mac 2021 dan Majlis Perasmian Penutup Konvensyen diadakan pada 18 Mac
2021.
Para pelajar telah diminta untuk melakukan aktiviti-aktiviti dibawah secara maya (rakaman video
kecuali poster periklanan) ;
a. Pembentangan Perniagaan (Business Pitch)
b. Penulisan Pengiklanan (Copywriting)
c. Poster Pengiklanan (Billboard Poster)
d. Bicara Usahawan (Entrepreneur Talk)
e. Ulasan Produk (Product Review)
Majlis Perasmian Penutup KONSISMA 2021 telah dirasmikan oleh Dr Hamzan bin Omar, Pengarah
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT). Ia disiarkan secara langsung pada jam 11.30 pagi, 18
Mac 2021 di saluran Youtube http://bit.ly/mpenutupkonsisma2021.
Sambutan yang begitu menggalakan dari para siswa menunjukkan komitmen institusi pendidikan
MARA dalam menjadikan bidang keusahawanan sebahagian daripada matlamat utama dalam
pendidikan pengajian tinggi.

32 e-Berita Pendidik

Senarai Pemenang Pembentangan Perniagaan
Kolej Profesional MARA Beranang
Pertandingan / Kedudukan
1 Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
2 Kolej Profesional MARA Ayer Molek
3 Kolej MARA Seremban
4
5 Ulasan Produk
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Pertandingan / Kedudukan Kolej Profesional MARA Beranang
1 Kolej Profesional MARA Sri Iskandar
2 Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
3 Kolej MARA Kulim
4
5 Poster Pengiklanan
Kolej Poly-Tech MARA
Pertandingan / Kedudukan Kolej MARA Kuala Nerang
1 Kolej Profesional MARA Beranang
2 Kolej Universiti Poly-Tech MARA
3 Kolej Profesional MARA Sri Iskandar
4
5 Bicara Usahawan
Kolej MARA Seremban
Pertandingan / Kedudukan Kolej MARA Kulim
1 Kolej Profesional MARA Beranang
2 Kolej Universiti Poly-Tech MARA
3 Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
4
5 Penulisan Pengiklanan
Kolej MARA Kulim
Pertandingan / Kedudukan Kolej MARA Banting
1 Kolej Profesional MARA Ayer Molek
2 Kolej Universiti Poly-Tech MARA
3 Kolej Profesional MARA Sri Iskandar
4
5

e-Berita Pendidik 33

34 e-Berita Pendidik

Sumber : Kolej MARA Kulim
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 35

MKC

Pusat Sumber Ilmu MARA

Bersempena dengan Bulan Membaca yang jatuh pada bulan April
dan Julai pada setiap tahun, e-Berita Pendidik ingin memberi fokus
kepada satu pusat sumber ilmu MARA, iaitu MARA Knowledge
Center, atau pun lebih dikenali dalam kalangan warga MARA sebagai
MKC. MKC merupakan sebuah unit di bawah Bahagian Inovasi dan
Teknologi Kreatif (BITK) dan terletak di tingkat empat (4) Bangunan
Ibu Pejabat MARA. MKC sering menjadi tempat tumpuan warga MARA
untuk membuat persiapan sewaktu peperiksaan kenaikan pangkat
diadakan.

Berikut kita ikuti temubual ringkas diantara e-Berita Pendidik bersama
Puan Zurina binti Abdul Aziz, Pustakawan di Ibu Pejabat MARA Kuala
Lumpur.

1 Bolehkah Puan ceritakan serba sedikit mengenai MKC?
Pada tahun 2015, nama Perpustakaan MARA telah diubah kepada MARA
Knowledge Centre dimana ianya telah dirasmikan oleh Ahli Majlis MARA
iaitu YBhg. Prof Emeritus Dato’ Abu Azam bin Md Yassin dalam majlis
Simposium Pustakawan MARA yang diadakan di Hotel Tabung Haji Alor
Setar, Kedah. Kini ianya lebih dikenali sebagai MKC dan berfungsi sebagai
pusat penyimpanan maklumat dan sumber ilmu bagi warga MARA, serta
berperanan dalam latihan kepustakawanan IPMA dan keseragaman
sistem perpustakaan.

2 Apakah kemudahan-kemudahan menarik yang disediakan di MKC?
Fungsi MKC, selain daripada yang telah saya sebutkan di atas, ia juga
adalah sebagai pusat koleksi sejarah MARA. MKC mempunyai sebuah
Bilik Arkib di mana didalamnya terdapat bukan sahaja dokumen berkaitan
MARA, malah turut menyimpan gambar-gambar sejarah yang berkaitan
dengan MARA. MKC juga menyimpan Laporan Tahunan MARA, Laporan
Kewangan MARA, Tesis warga MARA, Jendela Sejarah MARA, Kajian
Penyelidikan MARA (Geran Inovasi) serta bahan penerbitan keluaran
MARA.

Kemudahan seterusnya adalah sistem perpustakaan MARA secara
elektronik yang boleh di akses oleh seluruh warga MARA. Ia memudahkan
proses peminjaman, pemulangan dan pembaharuan buku. Jadi
sekiranya mana-mana warga MARA yang berhasrat untuk mendapatkan
sebarang buku yang terdapat di MKC, tetapi mereka tidak dapat datang
ke MKC untuk melakukan peminjaman, mereka boleh berurusan dengan

36 e-Berita Pendidik

sambungan... perpustakaan atau pusat sumber di pusat mereka untuk melakukannya
secara maya dan kami akan mengeposkan buku itu ke perpustakaan yang
diminta dan pemulangan juga adalah menerusi pos. Carian buku juga
lebih mudah melalui web OPAC (Carian menerusi web perpustakaan).

Di MKC juga terdapat buku-buku rujukan utama untuk persediaan
Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan juga Kenaikan Pangkat (untuk
warga MARA sahaja).

Selain daripada itu, MKC telah melaksanakan pendigitalan koleksi tesis
hasil penyelidikan warga MARA dan dimuatnaik ke sistem perpustakaan.
Justeru, tesis tersebut boleh diakses di WebOPAC perpustakaan dengan
menaip tajuk tesis yang ingin dirujuk dan bahan tersebut tersedia dalam
bentuk pdf.
Kita juga menyediakan ruang di MKC untuk diadakan sebarang
perkongsian intelektual/ilmu seperti Talk bulanan dari pihak luar dan
juga program Bedah Buku (Book Review).

Selain daripada itu, banyak juga kursus-kursus untuk warga MARA
dijalankan di MKC memandangkan ruang MKC yang besar dan luas ini
memberi lebih ruang dan keselesaan untuk sesi perbincangan.

3 Bedah Buku dan Biblioterapi adalah merupakan antara program
yang menarik yang dijalankan di MKC. Bagaimanakah sambutan
warga MARA terhadap program-program ini?

Kami melaksanakan inisiatif mengadakan Bedah Buku ini sebagai satu
usaha untuk melawan mitos bangsa melayu malas membaca. Program
ini telah dijalankan sejak tahun 2017 hingga 2020, sekurang-kurangnya
4 kali setahun bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan
warga MARA. Program ini menjemput penulis dan idola buku bersama
warga MARA mengupas isi buku yang popular.

Pernah menjemput beberapa figura-figura yang penting dalam dunia
penyiaran dan keilmuan seperti Tn. Syed Munawwar bin Syed Mohd
Mustar, Profesor Dr. Muhd Kamil Ibrahim (UniKL), Prof Madya Dr. Mohd
Sukki Othman @ Ustaz Shauqi serta Tokoh Pendidik MARA 2016
Mr. Matias Francisco De Menezes untuk mengetuai diskusi berkenaan
dengan buku yang dibincangkan.

Program ini memberi peluang untuk warga MARA mengenali pelbagai
genre buku di luar sana. Kami biasanya akan cuba mempelbagaikan
jenis buku yang dibincangkan dan tidak hanya bertumpu pada satu genre
sahaja.

e-Berita Pendidik 37

sambungan... Program Biblioterapi, satu lagi program yang kami ketengahkan sebagai usaha
untuk membawa idea di mana buku juga boleh menjadi terapi minda dan jiwa
menerusi buku-buku yang terpilih. Seiring dengan hasrat meningkatkan budaya
membaca, buku-buku terapi mampu untuk menarik minat membaca dalam kalangan
warga MARA dengan menjadikan buku vitamin jiwa yang dibaca oleh individu yang
mencari solusi terhadap isu yang dihadapi. Program Biblioterapi yang dilaksanakan
di Ibu Pejabat MARA pada 1 Oktober 2020 bersama Unit Kaunseling MARA telah
menjemput 25 orang Pustakawan IPMA untuk kursus Biblioterapi dan pemilihan
buku-buku Biblioterapi.

4 Sudah setahun lebih kita dibelenggu dengan wabak Covid-19 ini dan senario
hidup dalam ‘norma baharu’ kelihatanya akan berterusan untuk beberapa
ketika. Ini juga menyebabkan beberapa aktiviti yang melibatkan orang awam
terpaksa dibatalkan (seperti MARA Book Fair ) dan juga jumlah pengunjung
ke MKC juga berkurangan. Apakah perancangan MKC untuk memastikan
MKC masih relevan kepada warga MARA disaat pandemik ini?

Ya, tidak saya nafikan Covid-19 memberikan impak yang besar kepada banyak
perkara dan MKC tidak terkecuali. Pengunjung berkurangan dan kursus-kursus tidak
dapat diadakan langsung. Dengan itu kami beralih kearah virtual. Ruang di MKC
digunakan sebagai platform untuk menyiarkan banyak program secara maya seperti
FB Live, online meeting serta online interview. Pada Ogos 2020, MKC telah dijadikan
tempat diadakan Majlis Konvo secara maya oleh Kolej MARA Seremban (KMS). Para
jemputan yang terdiri daripada Pengerusi MARA, YB Dato’ Hajah Azizah binti Datuk
Seri Panglima Haji Mohd Dun, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul
Manaf, ahli pengurusan MARA yang lain beserta Pengarah KMS memenuhi ruang
MKC sementara para pelajar menerima skrol secara maya. Hasil Inovasi ini juga
telah memenangi pingat gangsa bagi kategori Public Service Innovation Awards di
pertandingan Malaysia Technology Expo 2021 (MTE 2021).

5 Boleh Puan Zurina berikan sedikit komentar berkenaan sikap membaca
warga MARA?

Sebagai warga MARA, saya melihat budaya membaca dalam kalangan warga MARA
adalah di tahap sederhana di mana warga MARA gemar mencari buku ketika musim
peperiksaan dan tidak kurang mencari bahan untuk bacaan santai seperti novel
dan majalah. Berdasarkan pemerhatian saya, warga MARA gemar membaca bahan
elektronik yang bersifat mudah alih dan lebih gemar membeli buku yang mahu
dibaca untuk pemilikan kekal. Justeru saya berhasrat untuk mendapatkan bahan
bacaan elektronik yang bersesuaian dengan warga MARA bagi meningkatkan lagi
minat membaca dalam kalangan warga MARA.

Statistik membaca rakyat Malaysia pada tahun 2020 juga menunjukkan peningkatan
memberangsangkan, bersandarkan kajian yang dijalankan oleh pasukan analisis
Picodi.com bersempena dengan Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC 2020).

38 e-Berita Pendidik

sambungan... Picodi.com iaitu sebuah agensi kepenggunaan yang telah menjalankan kajian
mengenai minat membaca dan membeli buku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kajian ini turut menyemak minat dan sikap 7,800 responden kumpulan sasaran
terpilih di 41 buah negara. Uniknya, bagi data tabiat membeli buku secara dalam
talian, Malaysia berada di senarai ke enam paling aktif di kalangan 41 negara yang
dikaji, dan Malaysia menduduki senarai keenam teratas pembelian buku dalam
talian. Berdasarkan kajian tersebut, 59 peratus responden Malaysia masih selesa
mendapatkan stok bahan bacaan melalui kedai buku, manakala 16 peratus (3.7
juta) pembaca masih mengamalkan budaya meminjam buku di perpustakaan, dan
9 peratus mengakui meminjam buku daripada rakan. Hasil keseluruhan kajian
mendapati, 76 peratus rakyat Malaysia berada dalam radius budaya membaca.

6 Apakah lagi inisiatif yang ingin Puan Zurina bawa ke MKC?
MKC di bawah seliaan BITK berhasrat untuk menyeragamkan sistem perpustakaan
bagi seluruh IPMA. Ini kerana buat masa sekarang, sistem perpustakaan masih
tidak seragam sepenuhnya kerana hanya 36 pusat yang dapat mengguna pakai
sistem yang sama. Justeru, penyeragaman adalah penting untuk penjimatan
kepada MARA dan memudahkan urusan penyeliaan buku.

MKC juga berhasrat untuk memenuhi keperluan warga MARA seiring dengan
permintaan dan kemajuan kerjaya dengan mendapatkan buku-buku yang popular
dan terkini di pasaran.

e-Berita Pendidik 39

40 e-Berita Pendidik

Statistik MKC

e-Berita Pendidik 41

Tinjauan Ringkas Budaya Membaca Warga MARA

42 e-Berita Pendidik

Tinjauan Ringkas Budaya Membaca Warga MARA

e-Berita Pendidik 43

Tinjauan Ringkas Budaya Membaca Warga MARA

Kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran sepintas lalu akan
budaya membaca warga kerja MARA.

Berdasarkan kaji selidik ini, boleh dirumuskan amalan membaca masih di tahap sederhana
dalam kalangan warga MARA. Saya berpendapat ia sederhana kerana kalau dilihat kepada
bilangan responden (734) ianya adalah kurang 10 % daripada jumlah sebenar warga kerja
MARA (anggaran -11,000 orang). 57.7 % responden adalah daripada IPMA, 23.6 % daripada
Pusat sementara selebihnya (18.6%) adalah daripada ibu pejabat MARA. Hampir separuh
daripada 734 responden( 48.6%) menyatakan mereka suka membaca sementara 40% lagi
menyatakan ia bergantung kepada bahan yang mereka baca. Hanya 0.5% yang mengatakan
mereka tidak suka membaca dan 10% memilih “Kadang-kadang”.

Antara sebab mereka tidak suka membaca adalah kerana mereka tidak dapat menumpukan
kepada apa yang dibaca (concentration) serta lebih berminat melakukan aktiviti lain. Jumlah
ini walau bagaimanapun sangat lah kecil. Di zaman maklumat dihujung jari seperti sekarang,
ramai juga mendapatkan ilmu melalui medium yang lain, ini juga mungkin mempengaruhi
sikap mereka terhadap buku.

Kekerapan membaca dalam kalangan responden juga adalah baik, dimana 36.7% membaca
setiap hari dan 40% membaca beberapa kali seminggu. 1.9% membaca sebulan sekali.
Terdapat 0.4% yang membaca beberapa bulan sekali dan 6.1% yang jarang-jarang membaca.
Untuk Genre pilihan pula, ramai (65%) yang menggemari buku bantuan diri (self-help books)
diikuti fiksyen dan bukan fiksyen. Responden juga menyenaraikan pelbagai genre lain lagi
yang mereka sukai dan ini memperlihatkan kepelbagaian isu dan topik yang menarik minat
responden.

57% responden menghabiskan kurang dari RM100 untuk perbelanjaan buku selama setahun,
diikuti sebanyak 27% berbelanja dalam lingkungan RM101-250 setahun untuk buku. Hanya
lebih kurang 6% yang menghabiskan >RM500 setahun untuk buku. Walaupun kelihatannya
ramai yang berbelanja sedikit untuk buku (berdasarkan amatan saya, harga buku adalah
mahal), namun mungkin peralihan kepada e-books (seperti keputusan kaji selidik soalan

44 e-Berita Pendidik

no. 10) menyebabkan banyak buku-buku mahal dapat di muat turun secara
percuma / jauh lebih murah (45.9% menyukai e-books sementara 54.1%
masih setia dengan buku ‘fizikal’).
Kami juga bertanya akan kekerapan responden berkunjung ke MKC. Majoriti
responden tidak pernah ke MKC (57.9%) sementara 12.9% tidak mengetahui
kewujudan MKC. Ini berkemungkinan kerana kebanyakan responden adalah
daripada IPMA dan pusat luar. 7.3% responden mengatakan mereka ke MKC
sebulan sekali.
Selain daripada kekerapan membaca buku, salah satu perkara yang
mungkin perlu diambil perhatian juga adalah jenis-jenis buku yang dibaca.
Mempelbagaikan bahan bacaan bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan
tetapi juga untuk kita keluar dari ‘zon selamat’ dan mencabar minda kita.
Untuk menambahkan bilangan buku yang dibaca, memperuntukkan satu
masa yang spesifik untuk membaca dalam sehari mampu mempertingkatkan
kualiti pembacaan kita. Sejam sehari - bunyinya mungkin sedikit mustahil
memandangkan kita semua bekerja, tetapi hasilnya adalah sangat berbaloi
untuk jangkamasa panjang. Apabila anak-anak kita melihat ibu dan ayahnya
atau orang dewasa di sekelilingnya membaca, secara tidak langsung ini
juga akan membentuk sikap yang positif mereka terhadap buku dan budaya
membaca.
Semoga terus kekal bersemangat untuk menjadi lebih baik dengan membaca,
warga MARA! Reading is essential to those who seek to rise above the ordinary
- Rohn.

e-Berita Pendidik 45

46 e-Berita Pendidik

Sumber : MKC
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 47

Sumber : MKC
Diedit oleh : BITK

48 e-Berita Pendidik

Berikut disertakan contoh buku-buku yang disenaraikan sebagai buku ‘Biblioterapi’

Sumber : MKC
Diedit oleh : BITK

e-Berita Pendidik 49

Cipta Ruang Membaca

Di Rumah Anda!

Binakan satu
ruang, di satu
sudut di rumah
anda untuk
membantu
manambahkan
minat anda dan
keluarga kepada
buku.

50 e-Berita Pendidik


Click to View FlipBook Version