The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraini.mdsaad, 2022-08-08 22:37:49

PenulisanKajianKKBB2021

PenulisanKajianKKBB2021

Keywords: PenulisanKajianKKBB2021

SIDANG EDITOR

PENAUNG
En. Mohd Fuad bin Osman

PENASIHAT
Pn. Nor Aini Binti Ismail
KETUA EDITOR
Ts. Kalaivanan A/l Kumaran
EDITOR
Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad
Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam
Azhar Bin Aziz
Ahmad Khairol Shah Bin Zakaria
Mohd Fauzan Bin Abd Hamid

PEREKA GRAFIK
Mohamad Azreen Bin Abd Khair

© Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan Kolej Komuniti Bandar Baharu
Cetakan Pertama 2021

ii

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan, Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium

Diterbit oleh :
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan
Kolej Komuniti Bandar Baharu,
No 1 Jalan Shariah,
34950 Bandar Baharu,
Kedah.
Tel : 05-7169539
Faks : 05 - 7167610
Laman Web: http://kkbandarbaharu.mypolycc.edu.my/

iii

PRAKATA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali, izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatan
untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
merealisasikan e-Terbitan Penulisan dan Kajian KKBB 2021
Setinggi – tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak jawatankuasa pelaksana yang terlibat
dalam penerbitan kajian ini terutama Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) Kolej
Komuniti Bandar Baharu dan para penulis kajian. Dengan adanya penerbitan ini diharapkan ianya dapat
menjadi satu wadah yang berkesan bagi menggalakkan usaha penulisan kajian bagi memperkasakan
penyelidikan TVET.

Pada masa yang sama dengan adanya penerbitan kajian ini ianya dapat meningkatkan budaya
penyelidikan inovasi warga Kolej Komuniti Bandar Baharu bertepatan dengan Teras Strategik ke 6
Membudayakan Penyelidikan Gunaan dan Inovasi yang terkandung didalam Pelan Strategik Politeknik
dan Kolej Komuniti (PSPKK 2018 – 2025).

Akhir sekali diharapkan penerbitan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pihak pemegang taruh
(Stake Holder) atau mana – mana entiti bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan berkaitan
teknologi dan kemahiran.

Sekian Terima Kasih.
Mohd Fuad Bin Osman
Pengarah
Kolej Komuniti Bandar Baharu

1

BIL TAJUK MUKA SURAT
3
1 Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar Program Servis
Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Bandar Baharu

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam & Ts. Kalaivanan A/L Kumaran

2 Pengubahsuaian Terhadap On-Car Brake Disc Aligner Kepada Off –Car Brake Disc 20
Aligner untuk memudahkan Perlaksanaan Amali 05.02 : Menservis Brek Disk

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam

3 Effectiveness Research Of Online Assesmenet from Student to Lecturer in Kolej 31
Komuniti Bandar Baharu, Kedah 38

Mohd Noor Saifull Bin Abdul Karim & Ts Kalaivanan A/L Kumaran

4 Warga Kolej Komuniti Menerajui Pembudayaan Sepanjang Hayat di Malaysia

Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib

5 Design Of An Automatic Wiper Retractor Using PIC Controller 54

Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad

6 Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Kolej Komuniti Bandar Baharu 2016 79
126
Ts Kalaivanan A/l Kumaran, Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad & Ts Tilaksiwaran A/l
Samurgam

7. Kajian Keverkesanan Program Sijil Servis Kenderaan Ringan
Di Kolej Komuniti Bandar Baharu
Ts.Tilakiswaran A/L Samurgam, Ts.Kalaivanan A/L Kumaran, Ts.Mohd Fakharul Helmi
Bin Mohamad Saad

2

Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar Program Servis Kenderaan Ringan,
Kolej Komuniti Bandar Baharu

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam1 Ts. Kalaivanan A/L Kumaran2
Kolej Komuniti Bandar Baharu

ABSTRAK : Program Servis Kenderaan Ringan merupakan sebuah program yang ditubuhkan di bawah Kolej
Komuniti Bandar Baharu (KKBB) dengan tujuan memberi pengetahuan dan latihan kemahiran di dalam
bidang automotif kepada para lepasan menengah yang berumur 17 tahun keatas. Kajian ini bertujuan
untuk melihat serta mengukur tahap pengetahuan keselamatan bengkel dikalangan pelajar Program
Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu yang meliputi aspek peraturan, persekitaran,
tanggungjawab, penggunaan peralatan tangan, penggunaan mesin dan kesihatan. Sampel kajian seramai
68 responden telah diambil bagi tujuan kajian ini yang telah dilaksanakan di Bengkel Automotif Kolej
Komuniti Bandar Baharu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.
Perisian Microsoft Exel 2016 telah digunakan untuk mendapatkan analisa statistik dalam bentuk
peratusan (%) dan purata(mean). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan keselamatan bengkel
di kalangan pelajar Program Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu berada pada tahap
yang baik. Nilai purata keseluruhan aspek pengetahuan keselamatan yang didapati berada pada tahap
yang tinggi .

3

1.0 PENGENALAN

Dalam kearah Negara maju, kerajaan Malaysia kini lebih menumpukan pembangunan
sektor perindustrian yang terbukti menjana pendapatan Negara serta secara tidak langsung
melahirkan Negara berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, penubuhan Wilayah
Pembangunan Utara,Tengah,Barat,Timur dan Selatan memerlukan tenaga kerja mahir dan separa
mahir. Menurut angkaan Jabatan Tenaga Malaysia(JTM), menjelang 2020 JTM mensasarkan untuk
mengeluarkan seramai 40,000 tenaga kerja mahir. Bagi menampung keperluan itu, semua
institusi kemahiran diberi tanggungjawab untuk menyediakan latihan kemahiran lengkap kepada
semua lepasan sekolah menengah dengan mensasarkan satu kemahiran bagi setiap seorang.

Sektor perindustrian yang berkembang pesat di Negara kita, amat menitikberatkan
kesihatan dan keselamatan pekerja. Keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang
bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dn bebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja
merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi. Ia merupakan salah satu
tanggungjawab majikan dibawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk
mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam
sesuatu organisasi. Akta ini yang dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
dari Kementerian Sumber Manusia.

Penubuhan akta berkenaan telah membolehkan setiap organisasi melaksanakan
peraturan keselamatan untuk menjamin keselamatan pekerja masing-masing sepertimana
ditetapkan dalam akta berkenaan. Walaupun bilangan kes-kes kemalangan berkurangan dengan
penguatkuasaan akta berkenaan, namun kemalangan di tempat kerja adalah sesuatu yang tidak
dapat dielakkan. Menurut Statistik U.S Bureau & Labor, pada tahun 2018 sahaja sebanyak 4383
kes telah dilaporkan walaupun angka berkenaan adalah 7% lebih rendah berbanding dengan
tahun 2017. Menurut laporan berkenaan, kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah
dikalangan pekerja baru yang berumur 25 kebawah.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Kolej Komuniti Bandar Baharu menawarkan pelbagai kursus sepenuh masa dan kursus
pendek kepada pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat. Kursus sepenuh masa yang
ditawarkan adalah Servis Kenderaan Ringan. Sebagai contoh pelajar kursus Servis Kenderaan
Ringan akan terlibat dengan penggunaan pelbagai jenis peralatan tangan dan jentera berat seperti
mesin kimpalan,jek kenderaan, mesin pemampat udara,mesin penukar tayar dan lain-lain
.Walaupun bengkel Automotif adalah tempat latihan kemahiran, namun suasana bengkel
tersebut adalah sama seperti bengkel kenderaan yang sebenar. Perkara-perkara ini akan
mendedahkan pelajar kepada risiko kemalangan. Kebiasaanya, punca kemalangan di sesebuah

4

bengkel atau tempat kerja adalah disebabkan tahap pengetahuan keselamatan yang rendah
dikalangan pelajar.

Walaupun taklimat dan penerangan diberi sebelum memulakan sesuatu sesi amali,
kemalangan di bengkel masih boleh berlaku sewaktu menjalankan kerja-kerja amali.
Kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan kesan luka, kelecuran, kecacatan anggota badan
dan kehilangan nyawa. Untuk memastikan Bengkel Automotif, Kolej Komuniti Bandar Baharu
selamat untuk para pelajar menimba latihan kemahiran, satu kajian wajib dijalankan untuk
mengetahui tahap pengetahuan keselamatan dikalangan pelajar. Kajian ini akan membantu
pihak pengurusan kolej untuk membaiki setiap kelemahan dan menambahbaik amalan
keselamatan di bengkel.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap
pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu ketika
menjalankan kerja-kerja amali di Bengkel Automotif. Fokus kajian ini adalah merangkumi aspek
peraturan, persekitaran, tanggungjawab, penggunaan alatan tangan, penggunaan mesin dan juga
dari aspek kesihatan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan para pelajar Kolej
Komuniti Bandar Baharu Kursus Servis Kenderaan Ringan

ii. Mengenal pasti aspek pengetahuan keselamatan bengkel yang dikuasai oleh para pelajar
Kolej Komuniti Bandar Baharu Kursus Servis Kenderaan Ringan mengikut turutan.

5

5.0 SOROTAN KAJIAN

5.1 Pengetahuan keselamatan bengkel

Pengetahuan mengenai peraturan bengkel merupakan salah satu faktor
pencegahan kemalangan di bengkel yang kerap kali tidak diberikan perhatian
serius.Kenyataan ini disokong oleh Health And Safety Executive, America dimana hampir
11% daripada keseluruhan kes kemalangan yang dicatatkan pada tahun 2017 adalah
melibatkan pekerja baru yang kurang pengetahuan mengenai peraturan keselamatan di
tempat kerja.Seseorang pekerja baru mesti faham peraturan di tempat kerja dan risiko
yang mungkin berlaku semasa menjalankan kerja.Kolej Komuniti sebagai organisasi yang
melahirkan tenaga kerja mahir mempunyai peranan untuk menekankan peraturan
keselamatan di bengkel kerana suasana kerja di bengkel adalah sama seperti suasana
kerja di industri nanti. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dimana ianya
tidak dapat dielakkan sepenuhnya namun dapat dikurang atau dicegah sekiranya kolej
komuniti mewujudkan peraturan keselamatan untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan pelajar. Peraturan yang diwujudkan dapat membina nilai-nilai moral
seseorang pelajar dimana ia dapat menghindari daripada berlakunya kemalangan.

5.2 Tanggungjawab terhadap keselamatan bengkel

Aspek tanggungjawab terhadap keselamatan bengkel merupakan suatu aspek
yang sering tidak diberi perhatian. Tanggungjawab terhadap persekitaran, kerosakan
peralatan, sikap sewaktu menjalankan amali, pematuhan terhadap arahan pensyarah
dan tindakan selepas sesuatu kemalangan adalah perkara-perkara yang menjadi
tanggungjawab pelajar itu sendiri yang perlu diberi perhatian oleh warga kolej komuniti.
Sekiranya sesuatu peralatan atau mesin mengalami kerosakan, tanggungjawab
seseorang untuk melaporkan kerosakan tersebut kepada pegawai bertanggungjawab
adalah wajib ditekankan kepada setiap pelajar. Tanggungjawab mengenai keselamatan
dan kesihatan pelajar adalah terletak pada pihak kolej dan pelajar itu sendiri.

6

5.3 Penggunaan Peralatan Tangan dan Mesin

Bahaya pengendalian peralatan tangan dan mesin dengan kemahiran dan
kebolehan sendiri oleh pelajar sewaktu sesi amali dapat diatasi dengan adanya
pengetahuan keselamatan bengkel. Pengetahuan tentang keadaan mesin, cara
penggunaan peralatan dan kepatuhan prosedur penggunaan mesin atau peralatan
tangan dapat mengurangkan risiko kemalangan di bengkel. Kerosakan mesin atau
peralatan adalah sesuatu yang sukar dijangka dan akan berlaku apabila usia sesuatu
peralatan menjangka usia. Pengubahsuain mesin atau peralatan yang rosak tidak
mengikut ciri-ciri keselamatan boleh menyebabkan kecederaan. Organisasi wajib
menyediakan jadual penyelenggaraan bagi setiap mesin untuk memastikan setiap mesin
berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Menurut laporan Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan (DOSCH), kebanyakan kemalangan di kilang sewaktu
mengendalikan mesin adalah disebabkan kurangnya pengetahuan keselamatan terhadap
mesin yang sedang dioperasi.

6.0 METHOD

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah tinjauan berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah kualititatif iaitu penggunaan set soalan selidik yang diedarkan
sendiri oleh penyelidik kepada para pelajar Program Automotif,KKBB yang terdiri
daripada pelajar semester 1, 2, 3, Latihan Industri & Alumni KKBB.

Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki
yang mempunyai kaitan tajuk kajian. Soal selidik adalah salah satu instrumen yang
digunakan dalam sesuatu penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang akan
ditukarkan kepada data yang dikehendaki. Skala Likert digunapakai dalam soalan kajian
ini untuk mengetahui jawapan responden terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
Responden dikehendaki memberikan jawapan di dalam ruangan pada borang jawapan
yang disediakan.

7

6.2 Tempat Kajian

Kajian telah dijalankan di Bengkel Automotif, Kolej Komuniti Bandar Baharu yang
terletak di Bandar Baharu,Kedah. Kolej Komuniti Bandar Baharu dipilih kerana
menawarkan kursus Servis Kenderaan Ringan. Faktor kedua pemilihan Kolej Komuniti
Bandar Baharu adalah kerana lokasinya sama dengan tempat penyelidik berkhidmat.

6.3 Populasi dan Pensampelan Kajian

Populasi adalah para pelajar Program Automotif, Kolej komuniti Bandar Baharu
yang terdiri daripada pelajar semester 1, 2, 3, Latihan Industri & Alumni KKBB. Populasi
semasa pelajar Program Automotif, KKBB adalah seramai 89 orang. Penyelidik telah
memilih seramai 44 orang pelajar semasa dan baki 24 orang adalah alumni KKBB.

6.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik.
Menurut Tuckman (1985), kaedah soal selidik adalah cara terbaik untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden kerana responden bebas untuk memilih jawapan
mengikut kehendak soalan soal selidik.

Set soalan yang disediakan terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A merangkumi 3 soalan yang berkaitan dengan maklumat latar
belakang responden iaitu umur, jantina dan semester pengajian. Manakala Bahagian B
terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan enam aspek keselamatan di bengkel
iaitu peraturan, persekitaran, tanggungjawab, penggunaan peralatan tangan,
penggunaan mesin dan kesihatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Item soal selidik dibina oleh penyelidik sendiri dengan merujuk kepada beberapa
kajian lain yang telah dilakukan oleh pakar. Skala Likert telah digunakan dan ianya terdiri
daripada lima bentuk pilihan jawapan. Penggunaan skala ini disesuaikan dengan
persoalan kajian. Responden dikehendaki menjawab dengan membulatkan pada ruang
jawapan yang dikehendaki. Hanya satu skor sahaja yang boleh ditandakan bagi setiap
item yang terdiri daripada aspek pengetahuan keselamatan pelajar.

8

Pengkelasan Skala Likert Pengetahuan
Sangat Tidak setuju 1 Sangat Tidak setuju
Tidak setuju 2 Tidak setuju
Tidak Pasti 3 Tidak Pasti
Setuju 4 Setuju
Sangat setuju 5 Sangat setuju
(Skala Likert Lima Mata)

Jadual 1 : Pengkelasan Item

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Analisa Data : Bahagian A – Latar belakang responden

Semester Lelaki Perempuan

1 10 0

2 10 0

3 10 0

Latihan Industri 14 0

Alumni KKBB 22 2

Jumlah 66 2

Jadual 2 : Taburan responden mengikut jantina dan semester

Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut semester pengajian. Keseluruhan responden
adalah seramai 68 orang dimana 66 pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan yang berumur
diantara 17-20 tahun.

9

7.2 Analisa Kajian : Bahagian B – Berdasarkan Persoalan Kajian
i. Analisa Item Berdasarkan Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel Dikalangan
Para Pelajar Kursus Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti Bandar Baharu.

No Aspek Pengetahuan Keselamatan TS % TP % S%
f
Bengkel ff 66 97.5%
65 96.5%
1 Peraturan 1 0.8% 1 1.7% 68 99.3%
65 95.2%
2 Persekitaran 1 1.5% 2 2.1% 64 94.6%
64 94.7%
3 Tanggungjawab 0 0.4% 0 0.3% 65 97%

4 Penggunaan Peralatan Tangan 1 1.9% 2 2.9%

5 Penggunaan Mesin 2 2.7% 2 2.7%

6 Kesihatan 1 0.6% 3 4.7%

Purata 1 0.0% 2 0.0%

Jadual 3 : Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel

Secara keseluruhanya, seperti yang ditunjukkan dalam dalam Jadual 3, didapati sebanyak 97.5%
responden bersetuju dengan soalan yang dikemukakan mengenai pengetahuan keselamatan
bengkel berdasarkan aspek peraturan, persekitaran, tanggungjawab, penggunaan peralatan
tangan, pengunaan mesin dan kesihatan. Ini membuktikan 97.5% responden tahu akan
pengetahuan keselamatan bengkel manakala sebanyak 0.8% responden berada pada tahap tidak
setuju. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan para pelajar
Program Servis Kenderaan Ringan berada pada tahap tinggi.

10

No Aspek Peraturan TS % TP % S%
0.00% f
ff 0.00% 66 97.06%
1.47% 68 100.00%
1 Tidak bergurau ketika menjalankan 2 2.94% 0 0.00%
4.41% 65 95.59%
amali di bengkel 4.41%
68 100.00%
2 Wajib memakai kasut keselamatan 0 0.00% 0 1.47%
1.7% 65 95.59%
semasa menjalankan kerja-kerja
65 95.59%
amali
67 98.53%
3 Elakkan dari memakai perhiasan diri 2 2.94% 1 66 97.5%

seperti rantai,gelang,cincin dan lain-

lain

4 Sebelum memulakan amali, pelajar 0 0.00% 0

haruslah memahami penggunaan

bahan,peralatan dan mesin

5 Mesti mempertimbangkan 0 0.00% 3

keselamatan rakan sekerja semasa

amali dijalankan

6 Pemakaian yang 1 0.00% 3

sesuai(berkasut,berbaju bengkel dan

perempuan menutup rambut)

adalah perlu untuk mengelakkan

berlakunya kemalangan

7 Wajib menggunakan alatan 0 0.00% 1

keselamatan (PPE) yang disediakan

Purata 1 0.8% 1

Jadual 4 : Aspek Peraturan

Soalan 1 hingga soalan 7 adalah digolongkan dalam aspek peraturan. Berdasarkan analisis soalan,
nilai purata peratus responden yang setuju dengan aspek peraturan adalah sebanyak 97.5%.
Sebanyak 66 responden bersetuju dengan soalan aspek peraturan dan hanya seorang responden
sahaja tidak setuju dengan soalan aspek peraturan. Manakala 1 responden (1.7%) tidak pasti
dengan soalan aspek peraturan. Bagi soalan 3, sebanyak 65 orang responden (95.59%) faham
akan peraturan larangan memakai perhiasan diri seperti cincin,gelang,rantai dan lain-lain.
Manakala seramai 1 (1.47%) responden tidak pasti dengan soalan tersebut dan 2.94% (responden
tidak setuju dengan larangan pemakaian perhiasan diri.

11

No Aspek Persekitaran TS % TP % S%
0.00% f
ff 68 100.00%
0.00%
8 Persekitaran tempat kerja yang 0 0.00% 0 0.00% 67 98.53%
2.94% 67 98.53%
bersih dan kemas memberi 1.47% 64 94.12%
0.00% 67 98.53%
keselesaan semasa menjalankan 1.47% 68 100.00%
65 95.59%
kerja amali. 2.94%
1.47% 64 94.12%
9 Pintu dan tingkap perlu dibuka 1 1.47% 0 1.47% 61 89.71%
2.1% 65 95.59%
untuk pengudaraan semasa 66 96.5%

menjalankan kerja amali.

10 Suasana bengkel perlu terang 1 1.47% 0

kerana dapat membantu

penglihatan semasa kerja amali.

11 Sisa, serpihan atau alat ganti lama 2 2.94% 2

perlu ditempatkan di yang

dikhaskan.

12 Lantai perlu bersih daripada 1 1.47% 0

sebarang kekotoran ( minyak,debu

dan lain-lain)

13 Peralatan bengkel tidak dibiarkan 0 0.00% 0

bersepah selepas melakukan kerja

amali.

14 Sentiasa peka terhadap papan tanda 1 1.47% 2

amaran seperti Utamakan

Keselamatan,Caution! High Voltage

dan Notis Kerosakan Mesin.

15 Melakukan kerja amali di tempat 2 2.94% 2

yang dikhaskan sahaja

16 Bengkel sebagai zon larangan 1 1.47% 2

makan,minum dan merokok

17 Jalan-jalan keluar masuk atau laluan 1 1.47% 2

kecemasan sentiasa lapang dan

tidak dihalang dengan peralatan.

Purata 1 1.5% 2

Jadual 6 : Aspek Persekitaran

Bagi aspek persekitaran, sebanyak 10 soalan diajukan untuk menilai tahap pengetahuan
keselamatan bengkel. Nilai purata peratus responden bersetuju dengan soalan aspek
persekitaran ialah 96.5% yang melibatkan 66 responden. Manakala 2 responden (2.1%) tidak
pasti dan 1 responden ( 1.5%) tidak setuju. Bagi item 9 dan 10, Sebanyak 98.53% responden
bersetuju dengan penyataan pintu dan tingkap perlu dibuka untuk pengudaraan dan
pencahayaan yang cukup sewaktu menjalankan amali. Item 16 mencatatkan peratus paling
rendah iaitu 89.71% melibatkan 61 responden yang bersetuju dengan penyataan bengkel sebagai
zon larangan makan,minum dan merokok. Manakala yang selebihnya 2 responden (2.1%) tidak
pasti dengan penyataan tersebut.

12

No Aspek Tanggungjawab TS % TP % S%
1.47% f
ff 67 98.53%
0.00%
18 Sebarang kerosakan mesin dan 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%
0.00% 68 100.00%
peralatan tangan mesti dilapor 0.00% 68 100.00%
1.47% 68 100.00%
kepada pensyarah atau pegawai 67 98.53%
0.00%
bertanggungjawab 0.00% 66 97.06%
0.00% 68 98.53%
19 Sentiasa mengingatkan rakan 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%
68 100.00%
tenteng keselamatan diri semasa 0.29%
66 99.26%
menjalankan kerja amali.

20 Mengembalikan peralatan yang 0 0.00% 0

telah digunakan semasa amali ke

tempat asal.

21 Ruang kerja amali perlu dibersihkan 0 0.00% 0

selepas amali dijalankan.

22 Sebarang kemalangan yang berlaku 0 0.00% 0

perludilaporkan kepada pensyarah

23 Mendapatkan kebenaran dari 0 0.00% 1

pensyarah sebelum mengendalikan

sebarang mesin atau peralatan

berkuasa.

24 Sikap mengganggu rakan rakan 2 2.94% 0

yang sedang mengendalikan mesin

semasa amali adalah berbahaya.

25 Mematuhi setiap arahan 0 0.00% 0

keselamatan yang diberikan oleh

pensyarah

26 Rawatan kecemasan awal mesti 0 0.00% 0

dilakukan jika berlaku kemalangan

27 Pastikan jauh daripada punca api 0 0.00% 0

semasa mengendalikan bahan-

bahan mudah terbakar ( cat, petrol,

diesel dan lain-lain).

Purata 1 0.44% 1

Jadual 7 : Aspek Tanggungjawab

Jadual 7 menunjukkan analisa bagi soalan 18 hingga 27 yang merangkumi aspek tanggungjawab.
Purata sebanyak 99.26% yang melibatkan 66 responden tahu akan tanggungjawab masing-masing
menjaga keselamatan bengkel dan sebanyak 1 responden ( 0.29%) tidak pasti dengan soalan yang
diajukan. Sebanyak 68 responden (100.%) bersetuju dengan soalan 25&27 dan tahu akan
mematuhi setiap arahan keselamatan yang diberikan oleh pensyarah serta faham akan risiko
bahan mudah terbakar seperti cat,petrol dan diesel. Kefahaman ini mungkin disebabkan
peringatan daripada pihak pengajar yang sering mengingatkan pelajar tentang bahaya bahan
mudah terbakar sewaktu pelajar mengendalikan petrol dan diesel.

13

No Aspek Pengunaan Peralatan Tangan TS % TP % S %

ff f

28 Penggunaan peralatan tangan yang 2 2.94% 3 4.41% 63 92.65%

rosak boleh mengakibatkan

kemalangan.

29 Penggunaan peralatan tangan yang 2 2.94% 1 1.47% 65 95.59%

sesuai dengan fungsinya dapat

mengelakkan kemalangan.

30 Semasa menggunakan mesin gerusi, 1 1.47% 4 5.88% 63 92.65%

benda kerja mesti diapit supaya

tidak bergerak.

31 Tukul besi yang pemegangnya 1 1.47% 2 2.94% 65 95.59%

longgar hendaklah dibaiki sebelum

digunakan.

32 Tidak menggunakan pemutar skru 2 2.94% 4 5.88% 62 91.18%

leper sebagai pahat dan hanya

menggunakanya untuk membuka

dan mengetatkan skru

33 Semasa menghulurkan alatan tajam 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

kepada orang lain, halakan

pemegangnya dan bukan bahagian

hujung yang tajam.

34 Tidak sekali-kali mengetuk bahagian 1 1.47% 0 0.00% 67 98.53%

hujung sepanar dengan tukul besi.

Purata 1 1.89% 2 2.94% 65 95.17%

Jadual 8 : Aspek Penggunaan Peralatan Tangan

Jadual 8 menunjukkan item-item aspek penggunaan peralatan tangan yang bermula dengan
nombor 28 hingga 34. Item 34 mencatatkan peratus yang kedua tertinggi iaitu 95.17%, dimana 67
responden setuju dan faham dengan penggunaan tukul besi yang pemegangganya longgar boleh
mencederakan. Purata 95.17% atau 65 responden bersetuju dan faham dengan item-item
penggunaan peralatan tangan dan hanya 2 responden (2.94%) tidak pasti dengan aspek
berkenaan.

14

Jadual 9 melibatkan 6 soalan yang bermula dengan item 35 hingga 40 yang purata 94.61 % faham
akan aspek penggunaan mesin manakala 2.70% atau 2 responden tidak pasti dengan penyataan
berkenaan. 100 % Responden setuju dengan item 35 yang mana bersetuju yang mesin perlu
diperiksa dan dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

No Aspek Pengunaan Mesin TS % TP % S %

ff f

35 Mesin perlu diperiksa untuk 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

memastikan berada dalam keadaan

baik sebelum kerja amali dimulakan.

36 Jangan menggunakan mesin yang 2 2.94% 0 0.00% 66 97.06%

mengalami kebocoran pada

bahagian penebat wayar.

37 Sebelum melakukan proses 3 4.41% 2 2.94% 63 92.65%

meminyak,membersih dan

menyelaras mesin,mesin perlu

dimatikan dan perlu dipastikan

bahawa bahagian berputar telah

berhenti tetap.

38 Penggunaan mesin yang mempunyai 4 5.88% 8 11.76% 56 82.35%

mata alat yang tumpul boleh

mengakibatkan kemalangan.

39 Semasa mengendalikan mesin, 1 1.47% 1 0.00% 67 98.53%

pemakaian alatan keselamatan

(PPE) adalah wajib.

40 Pastikan suis kecemasan “STOP” 1 1.47% 1 1.47% 66 97.06%

berfungsi dengan baik sebelum

mengendalikan mesin jek kereta.

Purata 2 2.70% 2 2.70% 64 94.61%

Jadual 9 : Aspek Penggunaan Mesin

15

Tedapat 5 item yang terdiri daripada item 41 hingga item 50 yang tergolong dalam aspek
kesihatan. Nilai purata setuju bagi aspek kesihatan ialah 94.71 % yang melibatkan 64 responden
dan 2 responden menyatakan tidak pasti. Item 44 mencatatkan peratusan setuju yang kedua
tertinggi iaitu 97.06%, 2 responden (2.94%) tidak pasti dan tiada seorang pun yang tidak setuju
dengan penyataan pemakaian cermin mata sewaktu mengendalikan mesin pencanai untuk
mengelakkan serpihan besi memasuki mata.

No Aspek Kesihatan TS % TP % S%
7.35% f
ff 1.47% 62 91.18%
5.88%
41 Elakkan luka atau calar pada badan 1 1.47% 5 67 98.53%
2.94%
terkena bahan kimia seperti cat 5.88% 63 92.65%

kerana boleh menyebabkan 4.71% 66 97.06%

keracunan darah. 64 94.12%

42 Sentiasa menggunakan penutup 0 0.00% 1 64 94.71%

hidung semasa mengendalikan

habuk kayu kerana boleh

menyebabkan masalah pernafasan.

43 Dilarang menghidupkan enjin 1 1.47% 4

kenderaan dalam ruangan tertutup

kerana asap kenderaan yang

mengandungi gas beracun boleh

menyebabkan masalah pernafasan.

44 Pelindung mata harus dipakai 0 0.00% 2

sewaktu mengendalikan mesin

pencanai kerana serpihan logam

halus boleh memasuki mata

45 Alat pelindung telinga harus 0 0.00% 4

digunakan semasa menggunakan

mesin yang mengeluarkan bunyi

bising melebihi 100dB kerana boleh

merosakkan deria pendengaran.

Purata 1 0.59% 3

Jadual 10 : Aspek Kesihatan

8.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan pelajar
Program Servis Kenderaan RinganKolej Komuniti Bandar Baharu berada pada tahap yang baik.

16

Nilai purata keseluruhan aspek pengetahuan keselamatan yang didapati berada pada tahap yang
tinggi. Sebanyak 96.60 % iaitu 66 responden menyatakan bersetuju dengan penyatakan yang
dinilai. Ini menunjukkan pelajar-pelajar Program Automotif, KKBB mempunyai tahap
pengetahuan keselamatan yang baik dan pelajar sentiasa diberikan pendedahan berkaitan
dengan pengetahuan keselamatan bengkel. Pensyarah Automotif telah melaksanakan tugasnya
dengan baik untuk memastikan tahap pengetahuan keselamatan bengkel dikalangan pelajar
berada di tahap yang membanggakan. Amalan 5S, taklimat keselamatan sebelum sesuatu amali
dan ketegasan pensyarah antara yang menjadikan tahap pengetahuan keselamatan bengkel di
kalangan pelajar berada pada tahap tinggi.

Berikut adalah aspek keselamatan bengkel yang dianalisa dalam kajian ini mengikut turutan:
17

No Aspek Pengetahuan Keselamatan TS % TP % S %
Bengkel
ff f
1 Tanggungjawab
2 Peraturan 0 0.4% 0 0.3% 68 99.3%
3 Persekitaran
4 Penggunaan Peralatan Tangan 1 0.8% 1 1.7% 66 97.5%
5 Kesihatan
6 Penggunaan Mesin 1 1.5% 2 2.1% 65 96.5%

Purata 1 1.9% 2 2.9% 65 95.2%

1 0.6% 3 4.7% 64 94.7%

2 2.7% 2 2.7% 64 94.6%

0 0.6% 6 12.3% 46 87.0%

Tahap pengetahuan keselamatan dalam aspek tanggungjawab dikalangan pelajar berada ditahap
yang paling tinggi. Namun pihak pengurusan Program Servis Kenderaan Ringan KKBB perlu
memberi perhatian pada aspek penggunaan mesin kerana berada pada kedudukan yang bawah.
Berikut adalah beberapa aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan lagi
tahap pengetahuan keselamatan dikalangan para pelajar Program Automotif.

a. Amalan 5S yang berterusan
b. Taklimat Keselamatan oleh Jabatan Kesihatan & Keselamatan
c. Lawatan Industri
d. Pensijilan OSHA
e. Taklimat Keselamatan oleh pengajar sebelum amali

9.0 RUJUKAN

18

1. Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Para Pelajar Kursus
Penyelenggaraan Bangunan Di Sebuah Kolej Komuniti, Mohd Anuar Abdul Rahman1 &
Irulnizam A.Hamid2,UTM.

2. Kajian Penilaian Risiko Keselamatan Pekerja Pemprosesan Buah Kelapa Sawit, Nor Haniza binti
Bakthiar Jemily,USM.

3. http://www.hse.gov.uk/statistics/causinj/
4. http://stats.bls.gov/iif/oshcfoi1.htm
5. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/kesihatan_dan_keselamatan_pekerjaan
6. http://www.dosh.gov.my
7. Kajian Keselamatan Dan Kesihatan Di Tapak Bina Sekitar Kawasan Bahagian Pantai Barat

Sabah,Fatin Nazira Binti Abd Salim,UTM.

LAPORAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
PENGUBAHSUAIAN TERHADAP ON-CAR BRAKE DISC ALIGNER KEPADA OFF-CAR BRAKE DISC ALIGNER

UNTUK MEMUDAHKAN PERLAKSANAAN
AMALI 05.02: MENSERVIS BREK DISK

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam1

19

Ts. Kalaivanan Kumaran 2
Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 Pengenalan

Brake Disk Aligner merupakan sebuah mesin yang digunakan dalam industri permotoran. Ia sering
digunakan untuk meratakan permukaan cakera brek yang tidak rata. Terdapat dua jenis mesin Brake Disk
Aligner yang biasa digunakan dalam industri automotif untuk menyelenggara sistem brek kenderaan.
Ianya adalah On-car disk aligner dan Off-car disc aligner. Mesin On-car disc allignner biasanya dipasang
pada terus pada sistem brek kenderaan untuk meratakan permukaan cakera brek. Manakala mesin Off-
wheel brake disc aligner hanya memerlukan cakera brek yang ditanggalkan dari kenderaan untuk dipasang
pada mesin untuk melakukan proses meratakan cakera brek.

Gambarajah 1 : Contoh Mesin On-car Brake Disc Aligner
Binaan dan struktur mesin on-car brake disc aligner adalah lebih rumit kerana fungsinya adalah
seperti mesin lathe yang memerlukan teknologi kejuruteraan yang tinggi. Manakala off-car brake disc
aligner mempunyai binaan yang ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Binaan yang kompleks
dan penggunaan teknologi kejuruteraan yang tinggi menyebabkan mesin off-car brake disc aligner lebih
mahal berbanding mesin on-wheel brake disc aligner. Namun mesin off-car brake disc aligner lebih
popular kerana ciri-ciri keselamatan dan tidak bergantung kepada peralatan berat.

20

Gambarajah 2 : Contoh Off-car brake disc aligner
Dalam Kursus SKR 1503 Penyelenggaraan Sistem Brek, ,dibawah tajuk 05.02 Menservis Brek Disk, mesin
on-car brake disc aligner digunakan oleh pelajar untuk mempelajari kaedah menservis cakera brek
kenderaan yang mengalami kebengkokan.
2.0 Latar Belakang Masalah

Di Bengkel Kolej Komuniti Bandar Baharu, terdapat satu mesin on-car brake disc alignner yang
digunakan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran tajuk 05.02 Menservis Brek Disk.
Penggunaan mesin berkenaan mengundang pelbagai masalah yang mengganggu proses Pembelajaran
dan Pengajaran. Antara permasalahan yang wujud adalah seperti berikut:

Gambarajah 3: Jenis Mesin On-car brake disc aligner yang terdapat di KKBB
21

a. Keperluan peralatan berat
Mesin on-car brake disc alignner yang digunakan di KKBB memerlukan jek kenderaan untuk
mengangkat keseluruhan badan kenderaan. Tanpa jek, mesin ini tidak dapat digunakan.

Gambarajah 4 : Keperluan peralatan berat & kenderaan
b. Penggunan kenderaan

Mesin on-car brake disc aligner yang digunakan di KKBB memerlukan kenderaan untuk
menjalankan amali. Tanpa kenderaan, amali tidak dapat dijalankan.
c. Penggunaan ruang amali yang luas
Mesin on-car brake disc alignner memerlukan jek dan kenderaan untuk menjalankan amali servis
brek cakera. Penggunaan kenderaan dan jek ini memerlukan ruang amali yang besar.

22

Gambarajah 5 : Ruang amali yang luas diperlukan untuk amali
d. Mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran kelas Semester 2 dan 4

Penggunaan jek dan kenderaan semata-mata untuk menservis cakera brek mengganggu kelas lain
yang sangat memerlukan penggunaan jek untuk menanggalkan enjin dan kotak gear.
e. Masa penyediaan untuk amali mengambil masa yang lama
Masa penyediaan untuk memulakan proses meratakan cakera brek mengambil masa yang lama
kerana ia memerlukan pelarasaan yang teliti untuk memasang mesin on-car brake disc aligner
pada sistem brek kenderaan. Ketinggian kenderaan dan mesin perlu dipastikan betul sebelum
memulakan proses meratakan cakera brek dan ini mengambil masa yang agak lama.
f. Kurangnya ciri-ciri keselamatan
Mesin on-car brake disc aligner yang terdapat di KKBB tidak selamat dari segi kedudukan mata
pengguna yang berada di bawah mesin. Pelajar terpaksa merangkak masuk di bawah mesin yang
sedang berputar dan pencahayaan yang kurang merumitkan proses berkenaan

23

Gambarajah 6: Pelajar terpaksa merangkak masuk dibawah kenderaan untuk melihat proses
lathe

g. Kesukaran untuk membuat bacaan run-out.
Ketiadaan tempat untuk memasang Magnetic base dengan dial gauge menyukarkan pelajar
membuat bacaan run-out untuk memastikan cakera yang hendak diservis adalah bengkok.

Gambarajah 7: Ketiadaan ruang untuk melatakkan magnetic base menyukarkan proses bacaan
run-out

24

3.0 Penyataan Masalah

Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, untuk menangani permasalahan yang timbul disebabkan
mesin on-car brake disc alignner yang kurang sesuai dengan proses Pembelajaran dan Pengajaran
di bengkel KKBB, penyelidik telah melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap mesin yang sedia
ada tanpa mengganggu binaan dan struktur asal mesin on-car brake disc aligner kepada off-car
brake disc aligner . Fokus inovasi ini adalah untuk menggurangkan penggunaan peralatan berat,
bahan, ruang,kos,masa dan memberi penekanan kepada ciri-ciri keselamatan.

4.0 Objektif Inovasi

i. Merekabentuk mesin off-car brake disc aligner daripada mesin yang sedia ada
tanpa mengganggu binaan asal mesin berkenaan (dwi fungsi)

ii. Mengurangkan penggunaan peralatan berat dan bahan untuk amali 05.02
Menservis Brek disk

iii. Merekabentuk mesin yang boleh digunakan dimana sahaja tanpa memerlukan
ruang yang besar

iv. Mengurangkan masa yang diperlukan untuk melakukan persediaan sebelum
melakukan amali 05.02 Menservis Brek disk

v. Menambahbaik ciri-ciri keselamatan terhadap hasil inovasi seperti kedudukan
mata dan pencahayaaan

vi. Mewujudkan tapak untuk memudahkan proses bacaan run-out
5.0 Kos Perlaksanaan Inovasi

Bil Bahan Kos (RM)
1 Besi Angle Bar 2’’ Jumlah Keseluruhan 84.00
2 Bolt & Nut 10.00
3 Cat Sembur 20.00
4 Lampu LED 5.00

119.00

25

6.0 Pelan Perlaksanaan Inovasi Bulan ‘18
5 6 7 89
Bil Perkara

1 Penyediaan
2 Penemuan Masalah
3 Kajian Pasaran
4 Merekabentuk produk
5 Pembelian Bahan
6 Fabrikasi
7 Kegunaan untuk proses P&P
8 Penambahbaikan terhadap rekabentuk
9 Penyediaan Laporan

7.0 Dapatan Inovasi

Hasil daripada permasalahan yang timbul, dengan merujuk rekaan daripada pengeluar brek
disc allignner dari seluruh dunia, penyelidik telah mengambil keputusan untuk mengubahsuai
mesin on-car brek disc aligner yang sedia ada kepada off-car brek disc aligner. Tanpa mengganggu
cirri-ciri dan binaan asal mesin berkenaan, satu reka bentuk yang mudah telah dihasilkan untuk
mengatasi permasalahan yang timbul sebelum ini.

26

Gambarajah 8: Pengubahsuaian terhadap mesin on-car brake disc aligner
Mesin yang sebelum ini memerlukan kereta dan jek kenderaan untuk melakukan amali, tidak
lagi memerlukan peralatan berkenaan. Sistem brek kenderaan seperti knuckle dan cakera brek
telah dipasangkan terus pada mesin yang menjadikan mesin ini sebagai off-car brek disc aligner.
Hasil daripada rekaan ini fabrikasi telah dilakukan dan mesin baru telah diuji untuk sesi kuliah
pada pengambilan sesi November 2018. Hasil daripada inovasi berkenaan, permasalahan yang
timbul sebelum ini dapat diatasi. Ianya adalah seperti berikut :
a. Penggunaan peralatan dan bahan dapat dikurangkan
Penggunaan kereta dan jek yang menjadi peralatan wajib sebelum ini tidak lagi diperlukan.
Ini membolehkan kos dan penggunaan peralatan berkenaan seperti utiliti dapat dikurangkan
b. Penggunaan ruang amali yang lebih kecil
Penggunaan kereta dan jek menyebabkan ruang yang besar diperlukan untuk melakukan
amali penyelenggaraan sistem brek cakera. Dengan rekaan yang ringkas dan padat, mesin
baru dapat dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja walaupan dalam bilik kuliah.

27

Gambarajah 10: Amali dapat dijalankan di ruang yang kecil

c. Dapat mengurangkan masa penyediaan amali
Sebelum ini, masa untuk setup mesin dan kenderaan mengambil masa yang agak lama iaitu
sekitar 25-30 minit. Dengan inovasi ini, kenderaan dan mesin tidak perlu dilaraskan. Hanya
cakera brek daripada kenderaan berkenaan ditanggal dan dipasang terus pada mesin off-car
brek disc aligner untuk memulakan proses amali. Hasil daripada inovasi ini, masa penyediaan
untuk memulakan amali dapat dikurangkan kepada 10 minit.

d. Penambahan ciri-ciri keselamatan
Rekaan ini lebih ergonomic dimana paras mata berada diatas mesin. Risiko untuk serpihan
memasuki mata pelajar adalah rendah. Selain itu rekaan yang baru ini telah ditambah dengan
lampu LED untuk pencahayaan yang lebih baik.

28

Gambarajah 11: Kedudukan kepala pelajar yang berada di atas mesin dan pencahayaan LED
membantu melakukan amali dengan lebih selamat

e. Memudahkan pemasangan dial-gauge
Rekaan yang baru ini telah memudahkan pemasangan magnetic base dengan dial gauge
untuk memudahkan pelajar membuat bacaan run-out.

29

Gambarajah 12: Tapak yang kukuh disediakan untuk memasang magnetic base
memudahkan bacaan run-out

8.0 Kesimpulan

Dapatan inovasi ini membuktikan objektif sebenar inovasi yang dilaksanakan tercapai
sepenuhnya. Penggunaan peralatan dan bahan yang memerlukan ruang yang besar dapat
dikurangkan. Ini secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan peralatan dan
menjimatkan penggunaan utiliti di bengkel automotif dan Selain itu, masa penyediaan amali
dapat dikurangkan dan ini menjimatkan pembaziran waktu kuliah. Dengan penambahan ciri-ciri
keselamatan, pelajar dapat menjalankan amali dengan selamat dan berkesan. Pelajar juga tidak
lagi perlu rungsing untuk memasang dial gauge kerana dengan rekaan yang baru ini dial gauge
dapat dipasang dengan mudah. Secara keseluruhanya, inovasi pengubahsuaian on-car brake disc
aligner kepada off-car brake disc aligner memudahkan perlaksanaan Pembelajaran dan
Pengajaran bagi tajuk 05.02 Menservis Brek disk.

9.0 Rujukan
1. Automotive Technology, Thomson Delmar Learning,Jack Erjavec,4th Edition,2005
2. Automotive Service,Inspection,Maintenance,Repair, Thomson Delmar Learning ,Tim

Gilles, Second Edition, 2004
3. www.automotivetools.com

30

KAJIAN KEBERKASANAN IMPLEMENTASI PENILAIAN PELAJAR KEPADA
PENSYARAH SECARA ATAS TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU,

KEDAH

Mohd Noor Saifull Bin Abdul Karim
Ts. Kalaivanan Kumaran
Nor Aini Binti Ismail

Kolej Komuniti Bandar Baharu
Kementerian Pendidikan Malaysia
EMAIL: [email protected]

[email protected]
[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah secara atas
talian di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada
pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Bandar Baharu. Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan aplikasi “google drive” dan disambungkan dengan aplikasi “whatsapp” sebagai
medium penghantaran. Aplikasi ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama soalan
penilaian dan bahagian kedua hasil dapatan maklum balas pelajar terhadap penilaian pensyarah.
Penilaian yang dibuat kemudiannya akan disemak oleh Timbalan Pengarah dan hasil dapatan
daripada penilaian tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat akademik setiap suku tahun
bertujuan menyemak keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan keperluan pelajar
tersebut. Kajian ini telah dijalankan secara kolektif pada sesi November 2015, sesi Julai 2016 dan
sesi Mac 2017. Hasil kajian mendapati markah purata nilai gred kumulatif (CGPA) pelajar semakin
meningkat pada setiap sesi.

Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis data. Kaedah ini dipilih bagi melihat kesan
daripada pelaksanaan kajian penilaian pelajar terhadap pensyarah secara atas talian secara lebih
komprehensif. Hasil data daripada unit peperiksaan diambil dan dibandingkan mengikut sesi
terpilih iaitu sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017. Sesi-sesi ini dipilih berikutan
implementasi penilaian pelajar kepada pensyarah di atas talian.

31

1. PENGENALAN

Kajian ini melibatkan pelajar dan pensyarah, ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti
Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Kajian ini merupakan
salah satu solusi dan bertepatan dengan dengan misi “Malaysian Qualification Agency”
Selaras dengan kesan globalisasi dan menuju ke arah Revolusi Industri 4.0, para pendidik
perlulah kehadapan di dalam teknologi “ICT”. Ianya merupakan salah satu langkah untuk
mengurangkan bebanan kerja dan seterusnya meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah.
kajian ini telah dilakukan di Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah.

Kajian keberkesanan ini dilakukan untuk melihat keberkesanan implimentasi penilaian
pensyarah oleh pelajar secara atas talian.
Masalah yang sering terjadi di Kolej Komuniti Bandar Baharu adalah kurangnya
pemantauan oleh pegawai atasan sehingga menyebabkan kualiti pendidikan terpaksa di
kompromi. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan sebagai
contoh kekangan masa.

3. OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk meningkatkan kualiti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di Kolej Komuniti
Bandar Baharu.

ii. Untuk melihat dan menilai keperluan pelajar dalam P&P secara lebih telus
iii. Untuk menjadikan pelajar sebagai agen pemantau pensyarah

4. KEPENTINGAN KAJIAN

Justifikasi kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan status keberkesanan
implimentasi penilaian pelajar oleh pensyarah secara atas talian yang dilakukan di Kolej
komuniti Bandar Baharu.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

32

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi “google drive” dan disambungkan
dengan aplikasi “whatsapp” sebagai medium penghantaran. Pelajar kemudiannya boleh
mengakses penilaian tersebut dengan klik link yang diberikan melalaui aplikasi
“whatsapp”. Penilaian oleh pelajar bermula.

Pelajar perlu memenuhi satu bahagian sahaja iaitu bahagian soalan penilaian. Timbalan
Pengarah kemudiannya membuat analisa pada bahagian kedua iaitu bahagian hasil
dapatan maklum balas penilaian pelajar terhadap pensyarah. Hasil dapatan daripada
penilaian tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat akademik setiap suku tahun
bertujuan menyemak keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan keperluan
pelajar tersebut.

Kajian keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah dibuktikan dengan
membandingkan data yang diambil daripada unit peperiksaan pada sesi November 2015,
Julai 2016 dan Mac 2017.

6. ANALISIS DATA

a. Responden dan Sumber Data

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar, pensyarah dan data daripada unit peperiksaan
Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah

b. Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis data. Kaedah ini dipilih bagi melihat kesan
daripada pelaksanaan kajian penilaian pelajar terhadap pensyarah secara atas talian
secara lebih komprehensif. Hasil data daripada unit peperiksaan diambil dan
dibandingkan mengikut sesi terpilih iaitu sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017.
Sesi-sesi ini dipilih berikutan implementasi penilaian pelajar kepada pensyarah di atas
talian.

33

c. Prosedur Menganalisis Data

Hasil dapatan daripada penilaian tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat
akademik setiap suku tahun bertujuan menyemak keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) dan keperluan pelajar tersebut.

Kajian keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah dibuktikan dengan
membandingkan data yang diambil daripada unit peperiksaan pada sesi November 2015,
Julai 2016 dan Mac 2017.

d. Dapatan Kajian

Semua pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah bagi sesi November 2015, Julai 2016
dan Mac 2017 terlibat. Berikut adalah data markah CGPA yang diperolehi daripada unit
peperiksaan Kolej Komuniti Bandar Baharu mengikut sesi.

i. Sesi November 2015

Sesi Semester Cemerla Kepujia Baik Lulus Gagal Jumlah %% % Baik % Lulus % Gagal
ng n Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
2.00 - 11.1111 44.444444
3.67 - 3.00 - <3.00 1.00 - <1.00 9 7.14286 0 3.5714286
<2.00 28 0 8.6956522
4.00 <3.67 1 23 0 0 18.903842
2 6.08466 0
NOV 2015 1 03 0 04 0 33.333333
42.85714 39.285714
NOV 2015 2 12 11 01 52.17391 26.086957
31.67702 32.902001
NOV 2015 3 12 6 02

Pada sesi November 2015, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan bagi gred
cemerlang adalah sebanyak 31.67%, kepujian sebanyak 32.90%, baik sebanyak 6.08%, lulus
bersyarat sebanyak 0% dan gagal sebanyak 18.90%.

34

ii. Sesi Julai 2016

Sesi Semester Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal Jumlah %% % Baik % Lulus % Gagal
Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
2.00 -
3.67 - 4.00 3.00 - <3.00 1.00 - <2.00 <1.00 30
<3.67 13
0 4
JULAI 2016 1 18 11 0 00 28 60 36.666667 0 0 0
0 00 46.153846 38.461538 0 0 0
JULAI 2016 2 6 5 1 00 0 0
00 0 25 0 0 0
JULAI 2016 3 0 1 42.857143 39.285714 3.571429 0 0
37.252747 34.85348 0.892857
JULAI 2016 4 12 11

Pada sesi Julai 2016, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan bagi gred cemerlang
adalah sebanyak 37.25%, kepujian sebanyak 34.85%, baik sebanyak 0.89%, lulus bersyarat
sebanyak 0% dan gagal sebanyak 0%.

iii. Sesi Mac 2017

Sesi Semester Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal Jumlah %% % Baik % Lulus % Gagal
Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
1 0
MAC 2017 1 10 1 0 1 0 14 71.428571 7.1428571 7.142857 7.14285714 0
4 0 0 13
MAC 2017 2 4 7 0 0 0 33 30.769231 53.846154 0 00
0 14
MAC 2017 3 9 17 18.5 27.272727 51.515152 12.12121 0 0

MAC 2017 4 6 4 42.857143 28.571429 0 00

43.081918 35.268898 4.816017 1.78571429 0

Pada sesi Mac 2017, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan bagi gred cemerlang
adalah sebanyak 43.08%, kepujian sebanyak 35.27%, baik sebanyak 4.82%, lulus bersyarat
sebanyak 1.79% dan gagal sebanyak 0%.

35

MARKAH BERDASARKAN PENILAIAN AKADEMIK

50

40 43.08191808

30 31.67701863 37.25274725

PURATA PNM 20 CEMERLANG
GAGAL
10 KEPUJIAN
6.084656085 BAIK

0 0.892857143 4.816017316
1 2 4
PENCAPAIAN PELAJAR

Graf 1: Tren Pencapaian Pelajar bagi Sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017

Graf di atas menunjukkan tren keseluruhan pencapaian pelajar bagi Sesi November 2015, Julai
2016 dan Mac 2017 semasa implementasi penilaian pelajar ke atas pensyyarah secara atas talian.

Tren pelajar mendapat gred cemerlang meningkat daripada 31.7% pada Sesi November 2015
kepada 43.08% pada Sesi Mac 2017.

Manakala tren pelajar mendapat gred kepujian meningkat daripada 32.90% pada Sesi November
2015 kepada 35.27% pada Sesi Mac 2017.

Peratusan bagi pelajar mendapat gred gagal menunjukkan penurunan dari Sesi November 2015
iaitu 18.90% kepada 0% pada Sesi Mac 2017.

36

7. KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan bahawa objektif penilaian pelajar kepada pensyarah secara atas
talian tercapai. Ini dapat dibuktikan menerusi analisis yang dilakukan.
Ia amat jelas, pemantauan oleh pelajar mampu meningkatkan kualiti P&P sekaligus
pensyarah dapat memenuhi keperluan pelajar di Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah.
Diharahkan aplikasi ini dapat diguna pakai bukan sahaja di Kolej Komuniti Bandar
Baharu malah boleh diimplementasikan di semua Kolej Komuniti di Malaysia.

8. RUJUKAN
[1] Siti izwani Binti Zainal Abidin(2012). Koleksi kajian Kolej Komuniti Sungai Siput; daripada

http://ekomuniti.kkss.edu.my/kajian2012.pdf
[2] NoorLailaHusna Mohd Yusof(2012). Problems faced by the residents in Section 7, Shah

Alam, Selangor.
[3] Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah

37

WARGA KOLEJ KOMUNITI MENERAJUI PEMBUDAYAAN PROGRAM PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT DI MALAYSIA

Oleh : Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib
[email protected]

Kolej Komuniti Bandar Baharu,Kedah

Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu elemen penting bagi sesebuah Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai salah satu institusi latihan awam di negara ini, kolej
komuniti sentiasa seiring dengan objektif penubuhannya sejak tahun 2001. Dunia pendidikan di
seluruh dunia mengenali PSH ini dengan “Life-Long Learning”. Ianya menjadi agenda penting
yang difokuskan dalam perbincangan dunia pendidikan hari ini. Seseorang manusia itu akan
menempuh proses-proses pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupannya. Proses keilmuan
itu dikatakan bermula dari seawal manusia itu ditiup roh dalam kandungan rahim ibunya lagi. Di
Malaysia, PSH adalah satu saluran penerapan ilmu pembelajaran yang dilalui oleh individu yang
melalui aliran sistem pendidikan bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,
pra universiti, dan disambung ke peringkat pendidikan tinggi. Ia juga adalah tonggak penting
dalam aspek pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi setelah
mempunyai asas pendidikan secara formal dalam sistem pendidikan negara.

Melalui satu pandangan, (Hargreaves,.2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995), dikatakan PSH itu
adalah pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk belajar dan terus
belajar dengan berdasarkan arahan kendiri Negara yang maju juga terletak kepada tahap
penilaian kecemerlangan rakyatnya atau sumber manusianya.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD,1996) pula mendefiniskan
‘Pembelajaran adalah satu proses berterusan, ianya bermula sejak hari pertama dan berterusan
dalam satu perjalanan dalam kehidupan’.Pembelajaran juga dilalui oleh seseorang itu samada
secara formal atau tidak formal. Melalui PSH di Kolej Komuniti, individu yang belajar sesuatu
kemahiran itu dapat membantu dirinya meningkatkan pengetahuan, menambah kemahiran

38

sedia ada dan juga meneruskan kecintaan kepada sesuatu cabang ilmu. Inilah yang perlu
dibudayakan dalam kehidupan seseorang itu sepanjang hayatnya iaitu mencari ilmu dan
mengamalkannya.

Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Komuniti

Istilah Bahasa Arab dalam mendefinisikan perkataan budaya ialah disebut sebagai ‘urfu’ iaitu
suatu tabiat atau sifat yang dilakukan berulang kali oleh sesuatu kumpulan masyarakat di suatu
tempat dan masa. Dalam makna Bahasa Melayu ia adalah satu cara hidup manusia. Ia adalah
merupakan proses-proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam
sesuatu kelompok (Suhaida bt Borhan dan Junaidah bt Muhamad, 2014). Melalui makna
perkataan budaya itu sendiri menunjukkan bahawasanya sesuatu itu dilakukan secara konsisten
berulangan dari semasa ke semasa terhadap perkara yang sama. Begitulah juga dengan
penerapan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ini dalam kehidupan rakyat Malaysia, ia perlu
dijadikan rutin berterusan dalam kehidupan yang dilalui.

Direktori Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2012/2013 telah memberikan
pengenalan PSH ini terdiri daripada 4 kluster. 3 kluster sahaja yang dilaksanakan dan ditawarkan
kepada orang awam di Malaysia. Berikut adalah kluster yang terlibat untuk pembelajaran
sepanjang hayat ini :

i. Kluster 1 : Program pengajian separa masa (peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Ijazah
Lanjutan termasuk e-learning).

ii. Kluster 2 : Program pengajian teknikal dan kemahiran dengan tempoh masa pengajian
tidak melebihi dari 6 bulan.

iii. Kluster 3 : Program pengajian berbentuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi tujuan
pembangunan diri.

39

Di Malaysia pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat ini ditawarkan oleh 15 kementerian dan
pelbagai agensi di bawah setiap kementerian akan bertindak sebagai penggerak utama PSH.
Dengan tagline PSH nasional iaitu Pembelajaran Menyinari Kehidupan (Learning Enriches Life),
adalah menjadi satu gambaran terbaik semua agensi di bawah 15 kementerian ini berusaha gigih
menjadikan PSH menjadi pelengkap hidup rakyat Malaysia. Nilai pembelajaran yang dilalui oleh
seseorang itu amat berharga dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu ke
arah peningkatan taraf hidup sedia ada. Logo My3L adalah singkatan kepada Malaysia’s Life Long
Learning juga adalah menunjukkan seriusnya kerajaan Malaysia dalam membawa agenda PSH ini
menjadi satu budaya dan amalan kehidupan semua lapisan komuniti Malaysia.

Kebanyakan program-program PSH yang ditawarkan melalui agensi dan kementerian tersebut
menawarkan yuran pengajian yang minima serendah RM5 sehingga RM20. Dengan bekalan
tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang masing-masing, peserta dapat mempelajari
satu kemahiran bagi tempoh 5 sehingga 20 jam berkursus. Pendekatan yang dilaksanakan di Kolej
Komuniti melalui kursus-kursus pendek dalam PSH ini memberikan banyak impak yang positif
kepada masyarakat yang menyertainya.

Di kolej komuniti terutamanya, perlaksanaan PSH ini diwajibkan kepada semua kolej tidak kira
baru ditubuhkan atau sudah lama beroperasi. Pelbagai mekanisme yang dilaksanakan oleh para
pensyarah dan pentadbir kolej komuniti untuk menggerakkan aktiviti serta program PSH ini. Ia
pasti boleh dijalankan walaupun, hanya 2-3 orang pensyarah yang ada dalam sesebuah kolej. Ini
adalah suatu kehebatan kolej komuniti yang dibarisi oleh para pensyarah, kakitangan dan
pengurusannya yang benar-benar komited dalam apa jua program. Budaya perlaksanaan kursus
pendek atau aktiviti PSH itu sendiri perlu bermulanya di kalangan kakitangan sesebuah organisasi
itu sendiri. Barulah ia akan segar menular kepada kumpulan sasaran yang akan difokuskan.

Seluruh warga kolej komuniti bermula dari peringkat pengawal keselamatan, staf kebersihan,
pembantu tadbir perkeranian, pekerja sambilan harian, pensyarah sehingga ke peringkat
pengarah sama-sama membulatkan tekad dengan penerapan PSH ini. Bak kata pepatah, “bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Bila mana semua pihak dalam
sesebuah organisasi itu cenderung dengan kesungguhan untuk melaksanakan dan memberikan

40

komitmen dalam aktivti PSH, secara tidak langsung ia memberikan tempias kepada komuniti
setempat yang ada. Setiap individu dalam organisasi sama-sama mempromosikan aktivti PSH
yang ditawarkan, ia menjadi bualan mulut ke mulut daripada organisasi kecil kepada yang lebih
luas dalam masyarakat yang besar.
Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini, berlakunya pendemokrasian pendidikan yang secara
tidak langsung dapat menjadikan pendidikan itu sebagai batu loncatan kepada seseorang itu
meningkatkan upaya dan kemampuan dirinya dalam kehidupan harian. Contohnya, bila sesorang
peserta itu daripada kursus penghasilan mee kuning berjaya membuka satu gerai perniagaan
mee kuning hasil usahanya sendiri (gambar 1 dan 2 ). Ini tandanya budaya PSH itu telah menular
dalam diri peserta berkenaan.

Gambar 1 : Kedai Mee Kuning Barakah & Roti (bekas peserta kursus pendek Kolej Komuniti
Bandar Baharu)

41

Gambar 2 : Mee Kuning Barakah yang dihasilkan sedia untuk dipasarkan.

Inilah juga membuktikan dengan sokongan warga kolej komuniti yang ada, peserta kursus ini
mampu berbangga dengan hasil produk keluarannya yang sendiri standing jenama produk sedia
ada di pasaran tempatan. Logo kolej komuniti yang ada di kedai beliau juga memainkan peranan
secara tidak langsung dalam agenda mempromosikan kolej komuniti KPM di kalangan
masyarakat di luar bandar. Justeru, impak yang sebegini baik perlu diperluaskan kepada hasilan
produk-produk lain yang mampu diterjemahkan melalui kursus-kursus kemahiran PSH di seluruh
kolej komuniti Malaysia.

Dalam konteks global pada hari ini, pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi makna yang
sangat luas dan mencakupi segenap ruang dan peluang dalam pendidikan semasa. Seseorang itu
bebas itu mempelajari apa sahaja yang diminatinya. Tambahan pula, dengan era teknologi digital
yang ada kini. Pembelajaran itu dapat dilaksanakan atau diikuti sekalipun individu itu berada jauh
daripada gurunya. Tanpa guru sekalipun dia dapat mempelajari sesuatu kemahiran itu dengan
pantas, semudah satu butang klik atau touch screen di ipad, tab dan smart phone. Kini, pelbagai
kemahiran dapat diperolehi dengan mudah melalui paparan social media, Youtube, blog, dan
lain-lain aplikasi yang boleh dimuat turun pantas di gajet yang ada. Video-video pendek mengenai
kemahiran memasak, bertukang, solekan, membaiki, dan segala macam berkenaan kehidupan

42

harian ada dimasukkan di laman-laman sesawang setiap hari. Inilah yang 14 tahun dahulu sering
kita dengari apa yang dikatakan pembelajaran abad ke-21 ! Suatu ketika dahulu ketika era 90-an
kita terdedah dengan satu kaedah pembelajaran melalui pos. Semua nota, soalan peperiksaan
akan dibekalkan kepada pelajar melalui kaedah pos ke peti surat rumah masing-masing. Pelajar
akan menjawab soalan dan diposkan semula jawapan untuk disemak oleh gurunya. Setelah itu,
wujud pula Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau e-learning. Semuanya berlaku di atas talian dan di
alam maya kelasnya. Inilah pendidikan sepanjang hayat yang sentiasa terbuka aksesnya dari
dahulu sehingga di masa akan datang.

Melalui proses PSH ini, peserta juga tidak terikat dengan jadual yang tetap kerana waktu
belajarnya lebih fleksibel dan kurikulum yang tidak menekankan aspek penilaian melalui
kompetensi formal seperti program sepenuh masa. Budaya menuntut ilmu adalah satu proses
yang wajib ada kepada semua individu tidak kira latar belakang hidup yang dilaluinya, tidak
mengambil syarat beza warna kulit mahupun tua atau muda. Masyarakat dunia semenjak zaman
batu lagi sudah mengenali apa itu pembelajaran sepanjang hayat. Kita didedahkan dengan
kewujudan zaman pra-sejarah iaitu zaman Poleolitik, Neolitik, Mesolitik dan zaman logam.
Kehidupan ketika itu secara nomad, penempatan di dalam gua, tepi sungai dan sebagainya.
Hidupnya mereka dengan bercucuk tanam, memburu binatang, berdagang bertukar barang,
semua ini perlu juga ada prosesnya secara pendidikan tidak formal. Begitu juga pendidikan tidak
formal berlaku di setiap zaman dan sentiasa ada penambahbaikan yang menjadikan pendidikan
itu bertukar menjadi formal.

Apa yang berlaku dalam PSH yang ditawarkan di kolej-kolej komuniti seluruh Malaysia juga terbit
daripada pendidikan tidak formal. Contohnya, jika dahulu kita belajar mengadun dan mengayak
tepung menggunakan kaedah tradisional bersama atuk di kampung, kini mudah ke kolej komuniti
belajar bersama chef pula. Sijil penyertaan juga diperolehi di samping kemahiran dan menu
dipelajari. Segala proses mengumpul maklumat, perkongsian ilmu kemahiran, pengamalan
kemahiran juga berlaku setelah peserta menjalani kursus-kursus yang ditawarkan.

43

Isu, Cabaran dan Strategi Dalam Pembudayaan PSH

Dunia pendidikan hari ini juga berhadapan dengan pelbagai situasi isu dan cabaran terutamanya
dalam dunia hari ini. Tidak dikatakan masalah itu tidak wujud di zaman sebelum ini, malah ia juga
mungkin permasalahan yang sama berulang dalam situasi mengikut peredaran zaman yang
dilalui. Pendidikan seumur hidup ini telah lama dipraktikan secara meluas di Negara-negara
Eropah contohnya di Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Perancis dan sebagainya. Malaysia
antara negara yang boleh dikategorikan masih baru untuk memperluaskan bidang ini dalam
masyarakat yang ada.

Namun tidak dinafikan bahawa, timbul juga beberapa isu yang memberikan cabaran kepada
perjalanan perlaksanaan PSH kepada komuniti setempat. Merujuk kepada kertas kerja utama
(keynote paper) yang bertajuk “Kolej Komuniti Sebagai Hub Pembelajaran Sepanjang Hayat Suatu
Tinjauan Memperkasakan Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti tulisan Tuan
Jahabar Jainul Abideen bin Shahul Hameed (Kolej Komuniti Pasir Gudang), dalam Seminar
Pengajian Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2011. Dalam pembentangan kertas kerja ini,
beliau telah menyenaraikan 3 persoalan kajian yang menjawab beberapa isu dalaman
pengurusan sesebuah kolej komuniti untuk melancarkan perlaksanaan PSH. Ia boleh
dirangkumkan semua isu dalaman adalah seperti berikut :

 Sumber manusia yang terhad – berkaitan dengan perjawatan pensyarah bidang PSH.
 Ketidakseragaman modul kursus pendek yang digunakan setiap kolej.
 Rekod dokumentasi yang tidak tersusun oleh pensyarah.
 Komitmen dan kerjasama semua pensyarah daripada Jabatan-jabatan dan unit yang ada

dalam kolej.
 Pengiktirafan kepada pensyarah dalam perlaksanaan aktiviti PSH.
Jika kita melihat kepada persoalan yang timbul, dalam kertas-kertas kajian penulisan berkaitan
PSH di Kolej Komuniti, dapat dikesan isu yang sama berlaku di setiap kolej komuniti. Jika melihat
kepada sesebuah kolej yang kecil yang lama mahupun baharu, sumber manusia memainkan satu
peranan yang amat penting bagi menggerakkan aktiviti akademik kolej terutamanya PSH ini.
Kecekapan penggunaan sumber manusia dengan tenaga yang terhad memberikan satu cabaran

44

tinggi kepada sesebuah organisasi. Kolej yang mempunyai tenaga pensyarah seramai 15 orang
tidak semestinya tidak setanding dengan kolej yang mempunyai tenaga 50 orang. Kebijaksanaan
pentadbir iaitu pihak pengurusan yang terdiri daripada Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua
Program dalam menguruskan sumber manusia yang ada memainkan peranan yang penting. Pihak
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) juga sedia maklum berkenaan isu perjawatan ini.

Menyentuh kepada modul kursus pendek yang tidak seragam pula, beberapa langkah pantas juga
telah dibuat oleh pihak JPKK. Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di JPKK telah mengadakan
Bengkel Pembinaan Modul PSH sekitar bulan November 2014 yang lalu. Inisiatif ini dilaksanakan
untuk mendapatkan satu modul yang seragam kepada beberapa kursus pendek yang mendapat
rating tinggi dalam komuniti setempat. Modul yang sedia ada dalam sistem Sijil Kolej Komuniti
(SKK) boleh digunapakai dalam menjalankan kursus-kursus pendek kepada orang awam. Bagi
penambahbaikan dokumentasi juga pihak JPKK telah mengedarkan Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat – Edisi 2014 yang telah diedarkan ke seluruh Kolej
Komuniti. Selain itu, Bengkel Pembinaan Fail Rekod Pensyarah (FRP) PSH juga telah berjaya
dilaksanakan pada tahun 2014 bagi memurnikan lagi FRP PSH yang sedia ada. Ini semua langkah-
langkah bagi memastikan pensyarah yang terlibat dengan PSH dapat menjalankan aktiviti kursus
pendek secara lebih konsisten dan sistematik.

Bagi memastikan semua pensyarah yang ada terlibat dengan aktiviti PSH, setiap kolej juga ada
menetapkan ‘Key Performance Indicator’ (KPI) bagi setiap pensyarah. Contohnya ada kolej yang
meletakkan sasaran peserta kursus pendek seramai 100 orang dalam setahun kepada seorang
pensyarah. Ini juga boleh menggalakkan para pensyarah terus iltizam untuk berusaha gigih
mendapatkan peserta kursus bagi memenuhi keperluan KPI yang bakal dinilai dalam Penilaian
Prestasi Tahunan masing-masing.

Dalam mengiktiraf keterlibatan pensyarah dalam menjalankan aktiviti serta program berunsur
PSH ini, ada cadangan supaya diadakan Anugerah PSH seperti mana Anugerah Hal Ehwal Pelajar
(HEP). Sebagai langkah penghargaan kepada pensyarah yang aktif menjalankan kursus, ada kolej
yang memberikan hadiah berupa Hamper, sijil, dan sebagainya.

45

Segala isu yang melibatkan pengurusan dalaman perlu segera diselesaikan atau diminimakan
untuk memastikan arus PSH di kolej komuniti sentiasa segar. Semua pihak yang ada dalam
pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan di mana-mana peringkat organisasi perlu sentiasa
berkomunikasi bagi mengatasi kelompongan yang ada.

Selain itu, cabaran juga timbul dengan persaingan pesat seiring perkembangan teknologi yang
ada di sekeliling kita. Lihat sahaja kini, semua masyarakat terdedah dengan pantasnya teknologi
komunikasi berkembang. Semua maklumat dapat diakses di mana-mana berada tanpa wayar.
Perluasan maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan juga perlu disebarluaskan
menggunakan segala macam aplikasi perisian yang ada. Tentunya ada yang bersangka, generasi
Y sahaja yang suka akan promosi melalui media-media elektronik ini. Tidak lagi hanya generasi
muda mudi sahaja yang suka akan media umpama ini. Pak tani di Felda Ijok juga aksesnya lebih
pantas daripada kita di bandar. Semuanya boleh mengakses data di mana berada dengan
beberapa kemudahan internet pra-bayar yang banyak disediakan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi dalam negara kita. Cabarannya lebih luas kerana, segala maklumat dapat dicapai
mudah melalui internet, masyarakat juga ada yang kurang berminat untuk berkorban masa, wang
dan tenaga untuk datang belajar di kolej komuniti. Mereka tentunya akan mudah melihat di skrin
gajet masing-masing, bagaimana hendak membuat kek Red Velvet sendiri di rumah. Inilah
cabaran teknologi terkini yang perlu difikirkan oleh warga kolej untuk merancakkan lagi
penglibatan orang awam dalam PSH di Malaysia.

Tidak dinafikan semua kolej mempunyai laman web dan media Facebook sebagai satu medium
untuk mempromosikan kegiatan serta maklumat berkaitan kolej. Namun, strategi untuk
memaksimakan perluasan maklumat di alam maya ini perlu diberikan penekanan. Contohnya
bagaimana rekabentuk sesebuah iklan promosi kursus itu menarik untuk dilihat oleh pembaca
dan pelayar media sosial. Adakah warna, jenis dan saiz huruf memainkan peranan utama sebagai
daya penarik? Grafik-grafik dan gambar-gambar yang bersesuaian dengan kursus yang
ditawarkan? Bahasa yang digunakan dalam memaparkan satu-satu iklan juga memainkan
peranan kepada mempengaruhi pembacanya. Penggunaan ayat-ayat serta kata-kata berbentuk
‘boombastik’ dapat meningkatkan trending pembaca yang terus akan Like serta Share iklan

46

tersebut dalam akaun mereka. Tidak semudah iklan ABC, iklan yang dipaparkan juga perlu
diletakkan tanda ‘#’ (hashtag) atau tagline kepada jaringan yang ada bagi meluaskan iklan.
Penggunaan hashtag ini membolehkan sesuatu perkara itu mendapat carian semula sesuatu
perkataan itu dalam kelompok yang sama apabila pengguna mencarinya di internet.
Selain di Facebook, penggunaan hashtag ini juga selalu digunakan di Tweeter atau Instagram.
Media promosi setiap kolej perlu sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang ada dan
sentiasa seiring dengan kepantasan maklumat di hujung jari. Idea-idea baru dari media social
yang ada perlu diambil manfaatnya dengan baik untuk menggunakan ia bagi tujuan promosi
aktiviti PSH anjuran setiap kolej. Dalam carian di Google, terdapat 40 laman media sosial yang
paling tinggi aksesnya di seluruh dunia.

Gambar 3 : Antara aplikasi media sosial yang ada di media internet.
Sumber : http://www.forbes.com/sites/insider/2014/11/10/social-media-for-attorneys-good-
business-or-ethical-minefield/

47


Click to View FlipBook Version